BLOG BUDAK MENTAH

Friday, December 23, 2011

Bidalan !

So... Janganlah kita api-api kan lagi orang yang sedang marah. Sesungguhnya sifat marah itu syaitan menyukainya. Biarlah kita menasihatinya dengan lembut dan berfikiran yang positif. Marah bukan lah satu penyelesaian masalah. :)
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Saturday, December 17, 2011

Ombak Cinta

Hari-hari yang bahagia,
Adalah hari yang bahagia dengan cinta...
Cinta yang sejati,
Adalah menyintai orang yang dicinta...


Mencari cinta,
Adalah seperti mencari jarum dalam jerami...
Menjaga cinta,
Adalah seperti menjaga kepingan kaca dari berderai...


Menguntum cinta,
Turut dibaja dengan kasih, rindu, dan sayang...
Mengikat cinta,
Turut disertai dengan jiwa dan hati yang ikhlas...


Cinta yang dicari,
Pasti lambat kehadirannya...
Cinta yang dinanti,
Pasti akan datang walaupun terpaksa menantinya...


Cinta yang suci,
Adalah cinta yang direstui...
Cinta yang hakiki,
Adalah cinta dari Ilahi...
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Sunday, October 2, 2011

Antara Cinta & Sahabat

Assalamualaikum !
Salam Sejahtera !

Ke hadapan 'Teman Blogger' yang amat saya kasihi dan yang sudi FOLLOW blog saya serta mengeCHAT dekat chatbox saya kat tepi tu walaupun sudah berBULAN saya tidak mengUPDATE blog nie -__-"
Saya nak ucapkan TERIMA KASIH sebab jenguk-2 dekat blog yang dah lama tak kena vakum neyh ! Berhabuk sudah~

Oke ! Hari nie kita buka topik 'Antara Cinta & Sahabat' ~

Pertama-tamanya aku nak tanya korang mesti pernah @ sedang berCINTA kan ? Korang mesti ada BFF @ SAHABAT kan ? Tipu laa kalau tak ada. Aku kerat JARI aku kalau korang tak berCINTA & ada SAHABAT even sekali seumur hidup~ <--- Bab kerat JARI tu jangan ambil serius taw =D

Situasi 1 :
Korang ada kawan rapat atau budak-2 sekarang kata Best Friend Forever @ BFF laa konon-2 nya. Apa korang buat mesti bersama. . . keluaq sama-2,hang out sama-2, menyekodeng @ skodeng sama-2, dan lain-2 yang termaktub dalam urusan yang dikatakan BFF nie. Kalau sehari tak buat perangai bersama kira hidup tak lengkap laa. Ada tak macam tu ? Ada weyh aku dah rasa dulu-2. Kalau boleh tidur pun nak sekatil. Hahahaha. . . Itu laa yang di kata kan BFF sejati weyh ! -___-"

Situasi 2 :
Korang ada kekasih atau ayat budak-2 sekarang AWEK @ BALAK atau manis sikit bunyi nya GF @ BF laaa =) Setiap hari korang jumpa kekasih korang. Study sama-2, jalan-2 pegang tangan, makan suap-menyupa *menyampah pula tengok -__-" Masa itulah saat BAHAGIA kan ? Nak-2 pula kalau BF tu bawa motor. Si GF bonceng belakang peluk pula tu. Peerrgghhh . . . ANGIN nak lalu pon tak lepas weeyhhhh ! Hehehehe. . .

Situasi 3 :
Ada pepatah Melayu yang berbunyi macam nie 'Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing' ~ Begitulah juga ikatan SAHABAT yang SEJATI. Korang pernah tengok @ rasa sendiri bila kita susah  @ ada masalah siapa yang kita cari ? SIAPA ! Korang pernah fikir dekat dunia nie siapa yang rapat dengan kita ? SIAPA ! Kalau kat Kolej @ Universiti @ Sekolah dah tentu SAHABAT yang ada dengan kita kan ? Kalau assignment @ kerja sekolah korang tak tahu nak buat, pernah tak mintak tolong kat kawan korang ? Tipu laa tak pernah ! Aku kerat JARI aku lagi sekali kalau kata 'SAYA TAK PERNAH MINTA TOLONG KAWAN'~

Situasi 4 :
Pepatah Melayu ada juga kata 'Irama Dan Lagu Tidak Dapat Dipisahkan'~ Begitulah juga apabila pasangan KEKASIH sedang asyik dilamun CINTA. 'Di Mana Ada Gula, Di Situ Ada Semut' yang dapat menggambarkan realiti kehidupan pasangan yang bercinta. Tapi korang pernah terfikir tak macam mana bila KEKASIH korang pergi TINGGAL kan korang ? PERNAH ! Mesti PERIT kan waktu tu bagi korang ? Ada yang 'FRUST' menonggeng, ada yang nak TERJUN BANGUNAN, malah ada yang MINUM RACUN !

Konklusinya :
Korang rasa SAHABAT atau KEKASIH mana lagi penting ? Yaaa memang DUA-DUA penting dalam hidup kita kan. Tapi cuba korang fikir balik, siapa yang akan setia pada korang ? SAHABAT ? KEKASIH ?

Kalau korang dilanda MASALAH BESAR, siapa yang nak TOLONG korang ? Aku rasa jawapan paling tepat SAHABAT ! Sebab aku sendiri pernah rasa bila mana aku susah, SAHABAT aku laa yang sentiasa dekat dengan aku. Bila aku tak ada DUIT ! Dorang juga laa yang bagi pinjam~ Hehehehe. . .

Let see kalau korang putus CINTA ? Korang mengadu tak kat PARENTS korang ? Pttuuuiihhhh ! Kalau mengadu kat parents korang. Parents hantar masuk U suruh belajaq. Hang p berCINTA dah sakit macam nie baru hang tahu ! Haaaa, masa nie laaa tergopoh-gapah nak cari SAHABAT korang tu. Betul tak ? Pukul aku kalau aku salah cakap~ Lalalalala . . . Dulu masa tengah SYIOK berCINTAN-CINTUN korang tinggal kan SAHABAT korang tu. Bila dah susah, baru nak CARI !

Inilah LUMRAH kehidupan dalam dunia ini. Kita manusia tak lekang dari membuat KESILAPAN. Antara sedar tak sedar je semua tu. Moral of the story, RINDU, SAYANG, CINTA laa SAHABAT korang macam mana korang buat dekat KEKASIH korang tu. . . Tanpa SAHABAT hidup kita TAK BERMAKNA. Tanpa KEKASIH juga hidup kita SUNYI.

Minta MAAF andai tersalah tulis. Tulis blog dengan hati yang ikhlas ^__< Marilah kita nasihat menasihati~

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Sunday, July 3, 2011

Kisah Di Sebalik Muka Buku


Kalau nak gelak teruskan laaa.. Jangan simpan nanti putus urat kentut~ Maaf bukan nak aib kan siapa-siapa~

Peace No War ! BERSIH ! =D
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Bila Dua Sahabat Menggila !



Oke sudah tengok ? Sila Like ! hahaha :p
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Saturday, July 2, 2011

Filem 3,2,1 Cinta FAIL !


Filem 3,2,1 Cinta merupakan kisah komedi romantik yang dilakonkan oleh Farid Kamil, Pierre Andre & awek HOT Diana Amir. Blaaa...blaa..blaa....

Malas laa nak stoly-moly pasal citer nie. Sipnosis pun belambak kat google. HAHAHAHA~ Aku just nak tunjuk korang photo-photo kat bawah nie ------>





Oke sudah tengok kan itu photo-photo semua ? Kenapa aku kata cerita nie FAIL ? Adakah sebab pengarah tak pandai buat jalan cerita ? Ouh tidak sama sekali yaa rakyat jelata sekalian. Aku kata FAIL sebab.... Cube korang tengok kat photo-photo kat atas tadi tu. Kalau ikut dalam cerita, AYAM @ Pierre Andre register sebagai senior PART 8 dekat Universiti Selangor (UNISEL).

Dan seterusnya... Shooting di buat di UITM pula... So komen aku kat sini, mula-mula part dia buat kat UNISEL then lepas tu tetiba mereka-mereka tu study kat UITM pula.. Kalau tengok dengan mata kasar macam tak logik pula tetiba part dekat tempat lain pula. Tapi orang dah kata citer best layan jela. Tapi macam biasa bak kata orang cerita MELAYU tak laa best mana pun. Tapi siapa lagi nak support kalau bukan BANGSA MELAYU sendiri kan ?

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Friday, July 1, 2011

Majalah Online Pertama Untuk Wanita



Halluuu... Kita kembali dalam Edisi Sharing is Caring. Oke hari nie aku nak kongsi tentang Majalah Online Pertama Untuk Wanita *kenapa untuk lelaki takde ? -__-"

Masa menunjukkan jam 12 tengah malam. Sedang aku khusyuk menge'cek email. Ternampak satu email nie dari advertising@mailbuzz info. So, aku pun bukak then dapat email yang macam nie :

Kami amat berbangga untuk mempersembahkan Isu FeMag yang pertama, majalah online pertama buat wanita secara PERCUMA. Jadilah pembaca yang pertama dengan hanya satu KLIK di www.wuuhuuonline.com/femag supaya anda tidak terlepas peluang untuk bersama-sama mengukir sejarah majalah online pertama Malaysia. Enjoy!

So, u ollsss tokseh laa aku bebel panjang, yang wanita apa lagi click laa kat link tu & baca yaaww... Yang lelaki ? Jom kita search Majalah Playboy ! HAHAHAHAHA~

p/s Jangan lupa share kat wanita2 seluruh dunia ! :D

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Thursday, June 30, 2011

Ada Makhluk Nak HACK Email - Kisah Benar

*kalau tak nampak. click kat image laaa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kembali lagi dalam rancangan Edisi Khas~
Puuiiiiii ! Bengang tol laaa ada orang nak try hack email aku nih ! Bila masa laa pulak aku nak RESET password email aku nih. Tengah syok check email tiba-tiba aku tengok ada email dari yahoo. Dengan confusenya + blurr-blurr bangun tidur. Sekali haa dapat email macam kat atas tu haa ! Ceeiiitttt !

Kalaulah aku tahu siapa yang try nih. Aku gulai dia masak lemak ! HAHAHAHA~
Errrkkk... Lapao, aku cau dulu nak melantak !

Moral : Buat password panjang-panjang bagi orang susah nak fikir apa password kau. Lepas tu jangan lupa makan KISMIS takut nanti terlupa pula :D

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Cerita Pendek : Cinta Uda & Markonah - Part 1


“Ajib, kau datang tak birthday party rumah Zetty weekend ni?” Epul bertanya pada aku.

“Haruslah datang, adik dia kan ada masa tu. Manalah tahu adik dia nak kat aku. Untung-untung tak dapat kakak adik pun boleh” Balas aku sampai gelak sopan.

“Mana boleh aku pun nak jugak. Hahahaha. Eh, jom lepak mamak jap minum-minum”

Menjadi rutin harian kami lepas je balik sekolah, mesti singgah kedai mamak kejap minum-minum dengan kawan. Bila balik rumah tak makan apa yang mak masak, sebab dah kenyang. Nama aku Razif tapi kawan-kawan panggil aku Ajib. Tahun ini aku akan menduduki peperiksaan PMR. Setiap minggu kene pergi tuisen, tapi minggu ni aku ponteng sebab Zetty jemput birthday party kat rumah dia. Takkan nak tolak sebab adik dia cun. Itulah tujuan utama aku pergi semata-mata nak tengok adik dia.

“Haaa..Ajib, Epul sampai pun korang kan. Ingat tak sudi nak datang tadi” Zetty jemput kami dengan senyumannya yang memang semua orang tahu sangat menawan.

“Mana boleh tak datang Zetty, terlepas la peluang nanti” Aku menjawab.

“Peluang apanya ajib ? Nak try adik aku la tu kan. Macam aku tak tahu. Hahaha” Zetty tahu yang aku memang ada hati kat adik dia. Top 10 awek hot kat sekolah tau.

Aku dengan Epul pun duduk kat meja makan. Sementara Zetty ambilkan kami makanan. Kek dia ‘Secret Resipi’ peerrgghh sedap tak sedap lah nak makan kan. Aku je tambah 2 kali. Epul pula macam tak pernah makan kek tambah sampai 5 kali. Kawan aku yang ni memang tak tahu malu sikit.

“Korang lepas ni nak pergi mana?” Zetty bertanya pada kami berdua.

“Pergi mana lagi, balik lah. Homework cikgu Laila tak siap lagi. Tak pasal-pasal aku kene pukul lagi dengan dia” Epul jawab sambil gelak sopan.
Dalam satu jam aku dengan Epul lepak rumah Zetty, kami pun minta diri untuk pulang. Sempat jugalah aku salam adik Zetty tu. Lembut tangan dia macam kain baldu.  Hehehehe. Ajib pula tak habis-habis kata aku gila bayanglah, apalah. Boleh buat aku jadi tak tidur lene satu malam.

Esoknya masa kat sekolah, Zetty datang dekat dengan aku. Dia tanya aku dah ada yang punya ke belum. Aku peliklah dia tanya macam tu, aku jawab jela tak. Mana tahu ada peluang dapat adik dia kan. Tapi jangkaan aku salah. Zetty nak kenalkan aku dengan kawan dia. Kawan dia ni baru 4 bulan putus cinta.

“Kau tunjuklah aku gambar dia dulu, biar aku nilai cun ke tak” Aku minta Zetty tunjuk gambar kawan dia tu dulu.

“Ish kau ni, demand betul yang cun nak, yang tak cun kau tak nak” Zetty mula membebel kat aku. Dia memang jenis kuat bebel sikit tak macam adik dia, cool je.

“Aku bukan apa, senang nanti anak aku pun comel macam mama dia. Nak-nak pula aku ni kacak kan”

“Alamak aii perasan sudah mamat ni. Ok, ni gambar dia. Peluang hanya sekali beb, jangan kau nanti menyesal tak sudah nanti”

Zetty hulurkan handphone dia dan tunjuk gambar kawan dia tu.

“Perrgghhh ! Zetty kalau macam nie aku on. Ada nombor dia tak?” Tanpa fikir panjang aku terus minta nombor dia kat Zetty.

“Haaaa..Baru kau tahu. Nanti kau cubalah text dia. Aku dah bagi tahu dia yang aku nak kenalkan kau dekat dia” Zetty ketawa kecil sebab rancangan dia dah berjaya nak kenalkan aku dengan kawan dia tu.

Kawan Zetty tu muka dia lagi cun dari adik Zetty. Mahunya aku tak cair tengok. Nak-nak pula kawan dia tu single lagi, so aku cuba  lah mana tau rezeki aku kan. Orang tua-tua kata ‘Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari’. Malam tu aku cuba mesej kawan Zetty tu dengan harapan mesej aku berbalas. Aku taip mesej macam ni :

‘Assalam, errrr..ni Ryna ek kawan Zetty ? Dia bg kat i no. u..u jgn marah dia ek sebb i yg minta’

Aku harap ada lah balasan. Tapi bila aku baca balik mesej yang aku hantar tu macam budak nerd pula. Ahhh.. Pedulilah janji aku dah mesej dia. Selepas dalam 20 minit, handphone aku berbunyi. Cepat-cepat aku capai handphone sampai aku terjatuh katil. Tapi....Mesej yang aku dapat macam ni pula :

‘CallerRingtone anda akan tamat pada 23 Mac 2010. Untuk renew sila...blaa..blaa..blaa..’

Haaiiihhh, punyalah excited sampai jatuh katil, mesej dari Hotlink yang aku dapat. Hampeh betul rasa masa tu. 10 minit lepas tu handphone aku bunyi lagi. Kali ni tenang je aku buka mesej. Ada no. yang tak kenal mesej aku. Bunyinya macam ni :

‘Sorry late..i baru balik tuisen..ni Ajib ea ? Zetty dah cerita pasal u..hehehe..btw, ni no. private i tau..jgn bagi sape2 ek’

Yaaaaahhhhhooooooo ! Aku menjerit kuat-kuat sampai mak aku kat luar tu marah. Hehehehehe. Akhirnya terbalas juga SMS aku tu. Nampaknya aku macam tak bertepuk sebelah tangan. Sejak malam tu sampai beberapa bulan aku dengan Ryna selalu main mesej. Nak call masih malu-malu lagi. Dan sampai suatu hari ni kami bercadang untuk berjumpa dekat shopping complex. Kiranya ni first date aku dengan dia. Tak tidur malam nak menanti date yang pertama kalinya ni.

p/s Nak tahu apa jadi lepas nie  ? Nak tahu macam mana nama Uda & Markonah wujud ? Tunggu part yang seterusnya =D

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Monday, June 27, 2011

Lagenda Kucing Hitam - Edisi Merepek


Kucing Hitam sering dikaitkan dengan kisah misteri, seram dan yang sewaktu dengannya. Tapi kenapa Kucing Hitam nie yang jadi mangsa atau pilihan ? Adakah sebab Kucing Hitam nie comel macam aku ? HAHAHAHA~

Kalau kita tengah sedap tidur. Elok-elok tengah mimpi sedap. Tetiba pula convert mimpi Kucing Hitam kat dalam mimpi kita. Orang tua-tua kata kalau Kucing Hitam datang dalam mimpi kita, maknanya ada petanda buruk laa tu. (boleh percaya tak ?)
Orang pun kata Kucing Hitam banyak digunakan ketika amalan sihir menyihir. Contohnya si isteri nak sihir suami dia supaya tunduk kat dia. iIh3, jahat nya isteri macam tu ek. Cara mudah bagi nasi kang-kang. Eh ! Lari topik laa ngek !

Tapi bagi aku Kucing Hitam nie best bro ! Sebab apa ? Cuba korang tengok citer kartun Sailormoon. Tengok kan Kucing Hitam tu tolong dorang. Dengan kuasa bulan....blaa..blaa..blaa.. Aku tak hengat lak skrip dia. (Eh, tapi tu kira sihir jugak kan)

Ada lagi cerita orang tua-tua. Kalau ada orang meninggal jaga-jagalah dengan Kucing Hitam. Jangan biarkan kucing tu langkah mayat. Nanti mayat tu bangun terus melompat macam pocong. Tapi betul ke ? Nanti aku nak try laa. Tengok berkesan ke tak. Barulah boleh percaya kan bila nampak dengan mata kepala sendiri (macam berani)

Tapi walau macam mana pun, Kucing Hitam Parsi jugak terbaik. Comel pun comel macam aku. Mahal pula tu kan. Ngek ! Nak tahu lebih lanjut pasal Kucing Hitam ? Tanya Pak  Cik Google ae  ^__<

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Bila Kanak-kanak Sekarang Buat Karangan

 
Jika anda seorang guru, apa anda akan buat bila baca karangan macam nie ?

:D

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Friday, June 24, 2011

Cinta Mu Bukan Milik Ku

Bisakah aku mencintai mu ?
Bisakah dia mencintai mu ?
Bisakah aku memiliki mu ?
Bisakah dia memiliki mu ?


Namun mungkin aku harus berundur diri,
Demi cinta kau dan dia,
Cinta yang kau beri pada ku,
Mana mungkin sama cinta yang kau beri padanya.


Lebih baik kau pergi padanya,
Lebih baik kau memilih dia,
Jangan pernah kau hiraukan hati ku.


Aku rela....

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Friday, June 17, 2011

JOM MAKAN @ Satay Hut

Haaaluuuu ! Ayie datang lagi dalam raannccaanggaannn 'Makan-makan Kenyang Perut Sampai Buncit'~
Fuuhhh panjang benor nama rancangan aku nie an. Mu Ado ? Xdo an.. Seronok pula an update pasal makan-makan nie. Teringin pula nak join 'Jalan-jalan Cari Makan'. Paling kurang boleh tambah berat aku dari teeettt KG kepada 100 KG kee. Senang cari saiz seluar kan. HAHAHAHA~

Oke banyak bebel sajaa.. Berbalik kepada topik asal. Tajuk pun 'Satay Hut' so makan satay laa kan. Restoran nie yang special nya dia punya satay laa. Thats why dia letak nama kedai dia 'Satay Hut'. Oke restoran dia dekat tempat aku. Kenapa aku cakap dekat tempat aku ? Biasalah aku nie kan abang kawasan. Oppss tak boleh guna doe ayat tu. Tak elok ! Tempat dia agak dekat laa dengan rumah aku kalau naik kereta, jauh kalau jalan kaki ! Nak lebih saintifik lagi, restoran dia terletak di pekan Tanjung Karang, Selangor. Tepi jalan sajee restorannya..

Oke sudaahh ready nak tengok itu satay ? Nak ambik ko !



Tuuuu diiaaa haaa satay dia.. Nak tahu sedap ke tak rasa sendiri oke.. Sini aku explain sikit pasal satay nie ek.. Waahhh gitu siap ade explaination tuh ! Oke satay dia ada dua jenis tau.. Ade saiz 'KECIL' dan ade saiz 'BESAR'. Sumpah besar ngeekk satay dia ! O.M.D (Oh Mak Datok) ! Tak percaya cuba lah. Belum Cuba belum tahu an~

Satay dia harga murah jee weyhh.. Semua orang mampu bayar.. Anda mampu mengubah nya ! HAKHAKHAK~ Oke satay 'KECIL' harga dia dalam 40-60 sen kot secucuk. Manakala satay bersaiz 'BESAR' adalah berharga RM 1.10 sahaja.. Kau makan satay saiz 'BESAR' 3 cucuk pun dah boleyh kenyang taw tak giler ! Serius aku cakap nie.. Tapi kalau 'tank' kau besar, makan laa lebih.. Tak cukup nanti tak kenyang ! HEHEHEHEHE~

Oke nie ada lagi satu pencuci mulut special !


Nah kau ! Terliur tak ? Peerrgghhh ada ais krim laa ngek ! Nampak sedap kan ? Nak tahu macam aku cakap tadi, rasa sendiri ek.. Dah kenyang makan satay, tambah pula dengan ABC sebanyak macam nie kan. BUNCIT laa perot kau ! HAHAHAHA~

Oke laa cukup laaa setakat nie aku bebel pasal makan nie an.. Aku tunjuk apa yang agak special jela kat restoran nie.. Yang lain makan goreng-goreng semua ada ! Order laa sendiri yek.. Macam nasi goreng udang *Peberet aku~ HAKHAKHAK~

Oke u ollss ! Selamat Datang laa ek kat restoran nie.. Tak tahu jalan ? guna GPS laa ngek ! HAHAHAHA~ Nak pelawa aku ikot sekali pon bolee.. :D

Oke.. Jumpa lagi di lain hari yaaa !

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Thursday, June 9, 2011

JOM MAKAN @ Restoran SS2 Murni

Assalamualaikum. Selamat pagi. Salam tengah hari. Selamat petang. Selamat malam. huh complete aku bagi. Hamek kau !

Oke hari nie aku nak bawa korang semua pergi jalan-jalan cari makan. Aauuuummmpphhh, enak banget ! Entri kali nie tentang makan. Terang-terang tajuk post aku 'JOM MAKAN'. Aku nak kenalkan kat korang satu restoran nie. Nie kali ketiga aku makan kat restoran nie. Restoran apa ?


Haaa... Tu dia nama nya Restoran SS2 Murni. Kedai nie berkonsepkan 'Mamak Stall'. Tapi memang lain dari yang lain laa. Apa yang lain nya ? Roti canai, roti telur, roti kosong semua memang laa ada. Tapi makanan kat sini memang banyak yang SPECIAL laa. Memang nama makanan kat sini banyak yang pelik-pelik. Tak terlintas kat fikiran korang pun. Oh, btw owner dia cina masuk Islam (muallaf).

Kedai nie yang aku pergi dekat Petaling Jaya, SS2. Korang ikt je signboard SS2 dah sampai cari laa kedai nie sampai jumpa. Kalau tak jumpa cari guna GPS. Trust me sebab masa 1st time aku pergi dulu memang aku cari guna GPS dan JUMPA ! HAHAHAHA~
Punya semangat nak makan time tu taw. Kedai nie buka jam 7 pagi sampai 5 pagi esok nya. lama bukan ? Tapi serius aku cakap kedai nie memang pack dan PENUH sentiasa. Aku je makan hari tu dia open table kat tepi kedai-kedai lain yang berhampiran. Sebab nak duduk dalam kedai memang susah laa pulak nak dapat. 1st come 1st serve. Tapi tak kisah laa janji dapat makan. HAHAHA~

Nah aku kongsi antara makanan yang di order. Sumpah buncit woo lepas makan. Tak percaya cuba lah rasa yaaa. Tengok dan tilik puas-puas ----->

Chicken Chop Napolean

Chicken Chop Special

Roti Hawaii

Dari kiri - Ribena Special, Tembikai, Pink Panther, Apple, Lily
(Pelik tak nama air tu ? Terliur tak ? Nikmat wooo ! HAHAHA~)

Air yang aku minum - Pink Panther

Macam mana pelik-pelik tak ? Pernah terlintas kat fikiran tak ? Tu belum tengok kat dalam menu lagi. Lagi banyak nama-nama makanan yang pelik-pelik. Contoh nya lagi macam Nasi Goreng Marryland, Nasi Goreng Napoleon, Spagheti Carbonara. Air pula macam air I Love You, I Miss You. Dengar nama je pelik mesti nak try. Dalam air tu dia letak longan, nata de coco. Memang nikmat laa. Nak-nak pula kalau time puasa. Peeerrgghhh, terliur tak terliuar arr di buat nya.

So, apa lagi korang try laa makan kat sini pada yang belum makan. Sure korang nak datang lagi punya laa. Belum cuba, belum tahu. Dah cuba, pasti mahu. oke sini aku bagi alamat nya. Kalau tak jumpa ingat pesan aku guna GPS. Pasti jumpa laaa. Bukan janji, tapi pasti ! HAHAHAHA~

Restoran SS2 Murni
Jalan SS2/75, Petaling Jaya53 Jalan SS 2/75
47300 Petaling Jaya, Taman Sea, Malaysia.

Restoran nie banyak cawangan taw. Aku tak ingat pula ade kat mana je. Yang aku tahu satu tempat nie jela. Ok guys, selamat menjamu selera laa ek. Sharing is caring. Nanti aku update tempat makan lain pula kalau aku rajin laaa. HAHAHAHAA~
Wassalam~ 

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Monday, April 18, 2011

Malam Pertama

Senja mula melabuhkan tirainya,
Kedengaran kicauan burung pulang ke sarang masing-masing,
Cahaya matahari terbenam yang keorenan sayu,
Sambil angin sepoi-sepoi singgah diwajah menatapi keindahan Tuhan.


Aku duduk keseorangan di jendela,
Menatapi keindahan senjakala yang kian bertukar menjadi malam,
Sayu hati kerinduan mengenang kisah-kisah lalu yang kian jadi memori,
Kisah-kisah yang mengukir kenangan terindah buat ku,
Bersama sahabat sejati.


Malam ini merupakan malam pertama buat ku,
Keseorangan diri di dalam kegelapan hostel,
Tanpa teman, sahabat, teman berborak,
Aku hanya mampu berkata-kata dengan dinding, meja, kerusi,
Kadang-kala aku bermonolog dalaman untuk menghilangkan rasa bosan,
Tapi tidak bisa kerana hakikatnya aku perlukan teman yang dapat menemani ku.


Kini malam menjelang tiba,
Aku keluar mencari sesuap rezeki bersama teman sekelas ku,
Hanya mereka yang dapat menghilangkan rasa sunyi ku,
Teman istimewa ?
Sekali pun ada mana mungkin dapat menemani ku di hostel yang sunyi ini.


Malam pertama yang haru buat ku,
Kadang-kala mendatangkan kesedihan buat ku,
Tapi apa yang mampu aku lakukan ?
Duduk di penjuru hanya mampu menatapi diri sendiri.


Nyamuk menjadi peneman tidur ku malam ini,
Sahabat setia yang dari dahulu tidak dijemput kehadirannya,
Tetapi mereka tidak mampu melakukan apa-apa untuk ku,
Hanya bisa membuat ku marah dan geram,
Namun itulah teman setia ku mungkin untuk sepanjang masa aku di sini.


Aku rindukan gelak tawa, riang, dan gembira yang memecah kesunyian,
Di samping teman-teman yang setia tidak kira siang atau malam.
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Saturday, April 16, 2011

Pengajaran Untuk Hari Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera~


Yaaaa..selamat kembali kita dalam rancangan kencing merata-rata...oke lepas kencing jangan lupa basuh bersih-bersih ya kerana peserta lain akan kencing pula..takut tak dapat nak beza kan air kencing dorang pula nanti..yyuucckk ! ape aku merepek sudah nie..nie lah akibatnya bila hari hujan sampai tengah hari kepala pon sejuk-sejuk belaka yaa..HAHAHAHA~


Sejukkan thats why asyik nak terkencing tu..tu yang wujudnya rancangan kencing merata-rata..oppss again merapik..jom kita ke agenda seterusnya..oh yaa sebelum tu kelas fardhu ain akan ditunda pada hari isnin jam 9 malam tepat..terima kasih..okeh, aku nak bagi tahu nie hari nie aku bangun awal gila ! subuh aku dah bangun..solat, pastu tidoq balik..ahahaha..hari nie aku dah packing-packing barang untuk aku register dan hantar kat hostel..niat hati pukul 8.30 pagi nak gerak tapi hujan lebat gila babeng aku postpone la smpi pukul 10.00 pagi..itu pon lebat lagi aku gagahkan la jugak..



Now....dah sampai unisel tercinta..ahahaha..cinta la sangat an..tujuan aku datang unisel hari nie hanya semata-mata nk register hostel dan hantar barang sahaja oke..rumah jauh laa kata kan, kene lah hantar awal..kiekiekiekie..sampai je kat parking aku pun keluar berlari-lari anak sebab hujan kan terus ke Dewan Biru untuk register..sampai je Dewan Biru aku macam dengar bunyi orang tengok 'Maharaja Lawak'..hampeh tol rupanya akak 'Jana Niaga' uh tengah tengok 'Maharaja Lawak' kat tiub awak (YouTube)~


Oke..sampai je terus aku pergi kat kaunter pendaftaran..nak daftar laa nie kiranya, so aku pun bagilah aku punya slip bayaran, apa jenis slip semua lah..nak sangat an aku bagi jela..hahahaha..lepas je staf tu key in aku punya number matrix ape kejadah semuanya lah..kira nak setel dah la..tapi...nama aku 'BLACK LIST' untuk masuk hostel..damn ! mengapa ini semua harus terjadi ? apakah ini semua kerna diri ku ?


Yaaa...memang kerna diri ku pun..sebab semester lepas aku tak clearance masa dah habis exam tu ! tengok aku dah kena denda..tak bayar denda tak boleyh masuk hostel..ceeiittt ! taw tak berapa kene denda ? RM50.00 woo..melayang macam tu je duit aku..akak tu kata lebih baik ko belanja awek kan..dia gelak kan aku woo..aku cakap lah aku tak ada awek macam mana nak belanja..pastu dia cakap, "Ko belanja akak jela macam tu" hamboi dah la minta duit denda aku lak yang kene belanja..hahahaha...sob..sob..sob.. :'( 


Jadi kesimpulannya...setiap semester clearance lah ek kalau tak nak kene denda lah yee..harharhar..jangan jadi macam aku nie haa..nyesal pon tak guna..arrgghhh ! RM50.00 leyh buat beli MCD kenyang nok..HAHAHAHA~


Best tak ceghita aku kali nie ? ahhh tak best pon dol..kiekiekie..tulis blog dengan hati, baca blog dengan mata..selamat sore ya semua..daaaa~
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Friday, April 15, 2011

Mimpi Ku Bukan Lagi Imaginasi !

Assalamualaikum ! kum apa ? kumbang, bang apa ? bang bil, bil apa ? bil air dah bayor ke belom nanti kene potong pulak..ahhh start merepek dah owner blog nie~HAHAHA


Hai pekabo anda semua ! Lama udah ghasenya tak meriahkan blog nie dengan entri-entri yang baru an..bukan malas, bukan takde internet tapi sejak bergelar Tan Sri nie sibuk sedikit maklumlah sibuk uruskan pilihanraya kat Sarawak nun jauh di sana..semua mahukan perkhidmatan sukarela saya sekarang nie..pergi Sarawak naik jet G6900 wooo..tapi itu semua hanya "Mimpi Ku Dalam Imaginasi" yee ladies and gentlemen dan supermen~


Bukan yang di atas tu yang hendak aku kabo kan sebeno ea..oke cerita berbunyi macam nie..jap again, silap lak xde bunyi pun..bunyi kentot ade laa~HAHAHAHA


Okey macam nie..aku dalam minggu nie menantikan kehadiran keluarga baru dalam hidup aku..DIA amat berharga buat aku woo..dapat tak lepas tau tak..punya lah lama aku tunggu..tapi...tak sampai-sampai juga kat pangkuan aku nie haa..pagi, petang, siang, malam, subuh, zohor, solat 5 waktu pun aku asik teringat kan DIA sajee..haaaiiihhh parah dah beb aku nie..aku tataw dah nak buat macam mana..makan terlebih kenyang, mandi terlebih basah, tidur berjam-jam..semuanya tak kene dalam hidup aku semenjak dua menjak nie..


Sehingga pada suatu hari nie..aku dapat lah satu surat berwarna kuning..tentang DIA yang aku tunggu-tunggu sangat ! Luluhnya hati aku bila baca surat tu..aku menyesal sangat tak jemput DIA hari tu..nampaknya penantian aku terpaksa ditangguhkan lagi buat sementara waktu..malam tu memang aku tak boleh tidur sangat fikirkan tentang DIA..semuanya serba tak kene..mengereng ke kiri tak best, ke kanan tak sedap..meniarap pula rasa sesak nafas..kat sini aku tunjukkan surat yang aku dapat tu..korang baca la ek kalau nampak..




Korang dapat baca tak surat kat atas tue ? sedih woo rasanya bila baca..hukhukhuk..kalo tak nampak sini aku bagi tahu apa yang tertulis kat surat atas tu..bunyi nya macam nie..eh bunyi lagik.."Kami memohon maaf barang pos di atas tidak dapat diserahkan kerana tuan / puan atau wakil tiada di rumah pada jam ..... pagi / petang" hhuuuwwwaaarrgghhh ! melalak aku kat rumah nie macam orang gila dah..esoknya pagi-pagi lagi aku bangun awal gila semata-mata nak jemput DIA pulang ke pangkuan aku..yeeaaahhh, aku tak sabar nak belai-belai DIA, picit-picit DIA !



Tuu diaaa haaa keluarga baru aku..comel tak DIA ? comel macam aku an ? an..an..an..akhirnya dapat juga aku lepaskan rindu aku yang mendadak kat DIA nie haa..belum puas aku nak belai-belai DIA..akan ku jaga mu sayang ke akhir hayat ku..nanti aku carikan ko partner ek ! ko nak partner ko warna apa ek ? HAHAHAHA~


Akhirnya terjawab juga an siapa DIA yang aku dok bebel-bebel dari tadi haa..meluat tak dengar aku bebel ? eh suka hati aku lah ini blog gua ownernya..ahaakkzz~ 1st impression jangan lak korang fikir aku nak menunjuk pula ye..blog ibarat diari hidup atau saintifiknya diari elektronik tapi not too privacy sebab ianya untuk umum rite ? blog aku, cerita tentang apa yang aku buat laaa..tulis blog dengan hati, baca blog dengan mata ! yeeaahhh ! jom tatap dengan lebih dekat keluarga baru aku nie yeaaa...btw, jangan jeles nanti aku kaya aku belikan untuk korang ek ! heeeee~




Okey lah sayang-sayang ku semua..setakat nie je untuk kali nie..tunggu next entri yaaa ! keep in touch ! i...! lebiu..HAHAHA~ Assalamualaikum dan selamat sore...
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Update Belog

Assalamualaikum...


Waahh...lama banget deyh aku tak update belog niee..berhabuk dah macam kipas dalam bilik aku nie daa...maaflah tiada masa untuk mengupdatekan atau menghidupkan belog nie buat sementara waktu...sangat SIBUK deyyh sekarang nie...sibuk buat apa yaaa ? jangan ditanya laa apa aku buat..huhuhu..


Dalam kepenatan nie actually otak aku beku sikit nak fikir apa nak tulis kan kat belog niee..ahaha..so korang tunggu jela update aku akan-akan datang yaa...


Selamat malam dunia gelap~
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Sunday, April 3, 2011

Haruskah Percaya ?

Assalamualaikum u olls~


Lama sudah tidak mengupdatekan belog nie an..maklum sejak bergelar prof. madya,pakdya,datokdya dan nenekdya nie busy memanjang~HAHAHAHA..mula dah aku merepek nie haa..


Okelah..kali nie aku nak buat entri seperti yang di 'title' kan tu..dapat agak tak u olls ? tak payah agak lah biar aku cerita jela ek..oke sebelum tu korang pernah tak dapat mesej yang macam nie -->


mesej pertama :
"Assalamualaikum. tlg jgn d'hapus sms ini dari ibnu said(juru kunci mekah) ia bermimpi bertemu Nabi Muhammad s.a.w. dalam mimpi itu baginda berpesan kuatkan akidah dalam ibadah kerana dunia sudah goyang dan tua, jangan tinggalkan solat setiap waktu. tolong sebarkan sms ini ke 20 muslim insan Allah. dalam masa 10 hari anda akan dapat rezeki besar dan bila tidak disebarkan, maka anda akan menemukan kesulitan yang tiada henti-hentinya. demi Allah terbukti"


mesej kedua :
"ALLAHUMMA INNI ASALUQA TAHHDI BIHAL QALBI WATAJMU BIHAL FINNATI ANI. doa Nabi Muhammad s.a.w : kirim ke 10 orang insyaAllah 2 jam kemudian anda akan mendengar khabar baik dan mendapat kebahagiaan. tetapi jika tidak menyebarkan maka anda akan mendapat musibah besar. demi Allah ini amanah. dan jangan dihapuskan sebelum disebarkan"


Jelaskan apa yang aku tunjukkan contoh mesej tu..pernah tak korang dapat mesej2 macam tu ? at least paling kurang pun sekali lah kan..so, adakah korang ikut apa yang mesej tu suruh buat ? sebarkan pada orang lain demi untuk mendapat khabar yang baik..korang percaya ke pada mesej tu ? dan kenapa korang percaya ?


Oke ini pendapat aku lah..kalau salah minta maaf awal-awal..pada aku, aku tak percaya sama sekali perkara-perkara macam nie..1st impression bila aku dapat mesej macam nie 'dunia sekarang macam-macam hal'..kenapa baru zaman teknologi macam nie nak wujud benda-benda macam nie ? dan kita pun takut punya pasal ikut jela..nak jalan mudah dapat REZEKI, BAHAGIA dalam masa 10 hari, paling sekejap pun 2 jam macam kat contoh mesej tadi..sepatutnyu itu semua hasil titik peluh kita sendiri untuk cuba dapatkannya..bukan dengan hanya kos 10sen sebarkan mesej kat kawan (maxis-maxis sahaja dgn youthclub) untuk percaya benda-benda macam nie..syirik dah tu kawan..


Korang lebih percaya kan pada mesej tu atau lebih percaya Allah..look, kalau kita tak sebarkan mesej tu kita akan ditimpa MUSIBAH..siapa yang tentukan semua nie actually ? korang tahu kan kerja-kerja nie semua Allah yang uruskan..aku tak sebarkan mesej macam tu dalam masa 10 hari, 2 jam tak ada apa-apa pun yang jadi..bukan aku nak cakap besar tapi itulah hakikat nya..


Janganlah sempitkan fikiran korang dengan benda-benda macam nie..bukan itu yang korang takut kan, tapi takut kan Allah..jodoh pertemuan, ajal maut, bahagia, musibah semuanya Allah yang tentukan..kalau kata-kata aku dalam entri ada yang tidak memuaskan mana-mana pihak maaf awal-awal..aku pun bukannya hamba yang sempurna sangat, sering melakukan kesilapan..hanya sekadar menyatakan pendapat.. =)


Lepas nie fikir-fikir lah dulu sebelum bertindak yaaa..wassalam~
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Wednesday, March 30, 2011

Seringgit

Pengumuman tuan-tuan dan puan-puan sekalian..kelas fardhu ain malam ini akan ditunda pada hari...isnin minggu depan..kerana pada malam ini kita akan mengadakan mesyuarat TERGEMPOR..terima kasih..


haaaiiihhh apa merepek daaa~ baiklah kita teruskan dengan agenda kita yang bertajuk 'Seringgit'.
semua orang di Malaysia tahu bahawa seringgit adalah satu nilai mata wang yang terdapat di negara ini.
kalau dulu dengan seringgit boleh beli nasi lemak 5 bungkus. tapi sekarang ?
hari ini aku nk cerita apa yang aku boleh beli dengan------>>>>




dengan seringgit aku boleh beli -> choki-choki choco milk
dengan seringgit aku boleh beli -> air kotak
dengan seringgit aku boleh beli -> pensil sebatang
dengan seringgit aku boleh beli -> nasi lemak sebungkus
dengan seringgit aku boleh beli -> teh o ais
dengan seringgit aku boleh beli -> papadom 5 keping
dengan seringgit aku boleh beli -> isi minyak motor
dengan seringgit aku boleh beli -> online kat c.c 30 minit
dengan seringgit aku boleh beli -> kelapa kat kedai
dengan seringgit aku boleh beli -> air tebu kat pasar
dengan seringgit aku boleh beli -> kentang / nugget cucuk kat pasar
dengan seringgit aku boleh beli -> cendawan goreng kat pasar
dengan seringgit aku boleh beli -> keropok lekor
dengan seringgit aku boleh beli -> pemadam
dengan seringgit aku boleh beli -> buku latihan
dengan seringgit aku boleh beli -> gula-gula 20 biji

naaa tgk tu yang aku dapat beli dengan 'seringgit'. banyak sangat dah tu~ HAHAHAHA
kau ada ? kesimpulannya 'seringgit' nie sangat bernilai boleh buat korang kenyang taw tak !!!
seringgit ni pun boleh bantu kita buat rumah tau tak. tak percaya ? tgk nie --->


haaaa...sekarang percaya ke tak ? HAHAHAHA~
itu sahaja untuk kali nie yaaa teman-teman semua ^__^
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Monday, March 28, 2011

Takdir Kehidupan

menyusuri liku-liku perjalanan dalam kehidupan
aku mencari takdir hidup ku sendiri
takdir yang sememangnya telah ditentukan untuk ku
yang tidak kepastiannya bilakah akan perakhirannya


aku mencari kehidupan sebenar di muka bumi yang terbentang indah
belajar dari kehidupan yang lampau yang mungkin mematangkan aku
belajar dari kesilapan diri yang mungkin dapat mengubah hidup aku
kadang-kadang terasa 'bodoh' mengapa aku tak fikir sebelum bertindak


kata orang hidup ibarat roda yang berputar
adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah
mengapa perlu disamakan dengan roda ?
kerana kehidupan kita tidak selalu sempurna pasti ada cacat celanya


kadang-kadang aku terfikir hidup di dunia ini untuk apa ?
terlalu banyak dengan suka ria, habiskan masa dengan perkara tidak berfaedah
bahkan waktu belajar pun masih lagi main-main tidak ada sensitiviti tentang itu
inikah hidup yang aku cari sebenarnya ?


setiap hari aku mengatur langkah dengan kehidupan yang baru
dengan diberi 'pinjam' oksigen segar yang dapat ku hirup setiap hari
dengan di anugerahkan kudrat yang masih bertenaga untuk aku bergerak
untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang 'hamba' di dunia ini


nukilan ku - ayie
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Sunday, March 27, 2011

cinta dan suka

bila bertemu dengan seseorang, kita akan SUKA pada seseorang tersebut.
tapi, apakah kita akan CINTA seseorang itu ?
apa maknanya CINTA dan apa pula SUKA yang dimaksudkan ?


bila kita berkawan dengan seseorang kita akan SUKA kat dia. kenapa kita suka dia ?
sebab dia baik, faham kita, kita selesa berkawan dengan dia. kalau kita tak suka dah tentu ada perasaan BENCI pada dia kan. sebab kita SUKA lah kita terus berkawan dengan dia.


tapi kenapa kita CINTA dia ? kita cinta sebab semakin hari kita berkawan dengan dia, semakin kuat perasaan cinta itu wujud. mula-mula kita SUKA dia, lama-lama perasaan suka tadi dah bertukar jadi CINTA pula. kita cinta sebab dia dah mula jadi sebahagian dari hidup kita. dia dah lekat dalam hati kita.


kita boleh lafazkan kata-kata suka pada sesiapa pun. "Hai saya suka awak lah"
tapi ramai orang yang salah tafsirkan perasaan SUKA nie. terutamanya pada perempuan. pada mereka sekali lelaki kata SUKA kat mereka, mereka akan fikir yang lelaki tersebut nak jadi mereka punya 'teman istimewa'.
"Saya suka awak, sudi tak awak jadi girlfriend saya?"
kalau orang cakap macam nie jangan terima kerana suka dalam perhubungan tak ke mana~


boleh tak kita lafaz cinta pada sesiapa pun ? "Hai awak, saya cinta awak lah"
cubalah kalau berani. paling kurang pun dapat penampar kot. cinta membawa maksud yang dalam.
perasaan cinta wujud kerana Tuhan. bila kita cintakan seseorang mula lah kita tak boleh tidur ingatkan dia, makan tak kenyang, mandi tak basah. kita umpama bagai di syurga bila bercinta. semuanya indah, kentut bau wangi, U tak mandi pun I tak kisah, U suap I, I suap U. untungnya orang bercinta bila bosan dapat 'date'.


macam mana pun kita SUKA dia. bagaimana pun kita CINTA dia. semuanya kerana Tuhan yang wujudkan perasaan itu dalam hati kita. kita suka dia, kita cinta dia, tapi dia suka kita tak ? cinta kita tak ?
alangkah baik nya kita SUKA dan CINTA kepada Tuhan. kerana itulah yang hakiki buat kita. SUKA dan CINTA manusia hanya di dunia. SUKA dan CINTA Tuhan bawa ke syurga~


nukilan ku-ayie
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

nukilanku

sampai masa tibanya waktu,
redup hati kita berdua,
bila dua jasad bersatu,
hidup mati selalu bersama.

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

manja

seseorang itu manja bila,
kekasih hati ada di depan mata.


seseorang itu manja bila,
kekasih hati mempunyai harta.


seseorang itu manja bila,
kekasih hati mula berkata-kata.


mulut kata manis, hati siapa tahu.
depan nampak baik, belakang siapa tahu.


nampak gadis manja, ouh best nya kalau ada 'awek' macam ni.
nampak teruna manja, 'anak mak' lah tu.


dengar suara gadis manja, aahhh tak tidur malam.
dengar suara teruna manja, dia ni 'dua alam' ke.


tengok anak manja, untunglah dia apa nak semua dapat.


*bermacam-macam ragam di dunia*


nukilan ku-ayie
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Saturday, March 26, 2011

Hari Kehancuran

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

ⅰ- Pemimpin yang adil. 

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

:::[ Hari KEHANCURAN ]:::
by Islam Itu Agamaku on Thursday, November 4, 2010 at 1:10am
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Berakhirnya Sebuah Kisah

ini kisah kau & aku~
bermula satu pertemuan, terciptanya satu kisah. orang kata tak kenal maka tak cinta. tapi persoalannya bila sudah kenal apakah akan adanya cinta ?
aahhhh..dusta itu semua. tipulah kalau tak ada perasaan suka. tipulah kalau tak ada perasaan sayang. tapi cinta ? hanya mudah diungkap dengan kata-kata, tidak dengan hati.


kadang-kadang bila kita rasa nak dekat dengan seseorang. tapi ia semakin jauh dengan kita. kenapa? sebab Tuhan dah aturkan langkah yang terbaik buat kita. kenapa perlu kita menangisi ? tidak perlu semua itu kerana ia hanya permainan perasaan. hati kita bergolak macam mana pun ianya tetap berlaku.


kadang-kadang kita cuba elakkan dari perkara buruk berlaku. kita nak semuanya berjalan lancar. tapi kita ada hak ke nak tentukan semuanya ? kita hanya mampu merancang tapi bukan kita yang tentukan. see, kelemahan manusia inilah dia. bila semua yang dirancang tidak menjadi mulalah memberontak. think positif will make me happy :)


aku mengenali mu dengan satu nama. aku mengingati mu dengan satu renungan. segala titik permulaan sehingga garis pengakhiran menjadi satu kisah yang dicipta berdasarkan kisah kita. kisah yang tidak dapat dicipta dengan skrip, lakonan dan tiada pelakon tambahan. Tuhan tidak memberi apa yang kita inginkan. tapi Dia memberi apa yang kita perlukan~


*24/9/2010 - 24/3/2011
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Friday, March 25, 2011

Sudah Sekian Lama

naaaahhh~
lama sudah rasa nya kan tak update blog nie. sangat lama rasa nya. al-maklumlah sibuk belajar kan. hehehehe...
sekarang dah mula cuti semester selama satu bulan~
aarrgghhhhh !!! masa yang sangat lama itu. apa nak buat dengan masa selama itu ???
macam biasalah rutin harian haruslah sama setiap hari. bangun petang, sarapan petang, tidur pagi~
teruk kan perangai macam tu~ HAHAHAHA...

now nak masuk minggu kedua dah cuti. makin hari boleyh GILA di buatnya hari-hari buat benda sama. nak dating ??? gadis spesial takde laa puleee. HAKHAKHAK~
oouuuhhhh laa nasib~

start je cuti hari tu aku ade 2 beg besar yang dipenuhi dengan baju kotor. sumpah malas gila nak basuh baju banyak-banyak macam tu. cuaca pulak tak elok asik hujan je. bila time lak baju tu nak kering kan~
dalam bilik tak payah cerita laaa. sampai sekarang pun bersepah lagi. anak lelaki yang malas nak kemas macam aku nie biasa laa. HAHAHAHA~
tapi kalau time rajin tak payah cerita laa an. memang bilik aku ini macam HOTEL aku kemas~

cuti nie gak lesen aku mati. haaddoooiii punya la umi aku paksa suh renew. kalau tak tak boleyh kuar uma jalan-jalan. HUHUHUHU~
apa lagi aku nak celoteh ni ek ??? dah takde idea dah nie. HAKHAKHAK~
konklusinya, tunggu laaa next post aku ek~
Assalamualaikum~

^___^
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)