BLOG BUDAK MENTAH

Thursday, June 30, 2011

Cerita Pendek : Cinta Uda & Markonah - Part 1


“Ajib, kau datang tak birthday party rumah Zetty weekend ni?” Epul bertanya pada aku.

“Haruslah datang, adik dia kan ada masa tu. Manalah tahu adik dia nak kat aku. Untung-untung tak dapat kakak adik pun boleh” Balas aku sampai gelak sopan.

“Mana boleh aku pun nak jugak. Hahahaha. Eh, jom lepak mamak jap minum-minum”

Menjadi rutin harian kami lepas je balik sekolah, mesti singgah kedai mamak kejap minum-minum dengan kawan. Bila balik rumah tak makan apa yang mak masak, sebab dah kenyang. Nama aku Razif tapi kawan-kawan panggil aku Ajib. Tahun ini aku akan menduduki peperiksaan PMR. Setiap minggu kene pergi tuisen, tapi minggu ni aku ponteng sebab Zetty jemput birthday party kat rumah dia. Takkan nak tolak sebab adik dia cun. Itulah tujuan utama aku pergi semata-mata nak tengok adik dia.

“Haaa..Ajib, Epul sampai pun korang kan. Ingat tak sudi nak datang tadi” Zetty jemput kami dengan senyumannya yang memang semua orang tahu sangat menawan.

“Mana boleh tak datang Zetty, terlepas la peluang nanti” Aku menjawab.

“Peluang apanya ajib ? Nak try adik aku la tu kan. Macam aku tak tahu. Hahaha” Zetty tahu yang aku memang ada hati kat adik dia. Top 10 awek hot kat sekolah tau.

Aku dengan Epul pun duduk kat meja makan. Sementara Zetty ambilkan kami makanan. Kek dia ‘Secret Resipi’ peerrgghh sedap tak sedap lah nak makan kan. Aku je tambah 2 kali. Epul pula macam tak pernah makan kek tambah sampai 5 kali. Kawan aku yang ni memang tak tahu malu sikit.

“Korang lepas ni nak pergi mana?” Zetty bertanya pada kami berdua.

“Pergi mana lagi, balik lah. Homework cikgu Laila tak siap lagi. Tak pasal-pasal aku kene pukul lagi dengan dia” Epul jawab sambil gelak sopan.
Dalam satu jam aku dengan Epul lepak rumah Zetty, kami pun minta diri untuk pulang. Sempat jugalah aku salam adik Zetty tu. Lembut tangan dia macam kain baldu.  Hehehehe. Ajib pula tak habis-habis kata aku gila bayanglah, apalah. Boleh buat aku jadi tak tidur lene satu malam.

Esoknya masa kat sekolah, Zetty datang dekat dengan aku. Dia tanya aku dah ada yang punya ke belum. Aku peliklah dia tanya macam tu, aku jawab jela tak. Mana tahu ada peluang dapat adik dia kan. Tapi jangkaan aku salah. Zetty nak kenalkan aku dengan kawan dia. Kawan dia ni baru 4 bulan putus cinta.

“Kau tunjuklah aku gambar dia dulu, biar aku nilai cun ke tak” Aku minta Zetty tunjuk gambar kawan dia tu dulu.

“Ish kau ni, demand betul yang cun nak, yang tak cun kau tak nak” Zetty mula membebel kat aku. Dia memang jenis kuat bebel sikit tak macam adik dia, cool je.

“Aku bukan apa, senang nanti anak aku pun comel macam mama dia. Nak-nak pula aku ni kacak kan”

“Alamak aii perasan sudah mamat ni. Ok, ni gambar dia. Peluang hanya sekali beb, jangan kau nanti menyesal tak sudah nanti”

Zetty hulurkan handphone dia dan tunjuk gambar kawan dia tu.

“Perrgghhh ! Zetty kalau macam nie aku on. Ada nombor dia tak?” Tanpa fikir panjang aku terus minta nombor dia kat Zetty.

“Haaaa..Baru kau tahu. Nanti kau cubalah text dia. Aku dah bagi tahu dia yang aku nak kenalkan kau dekat dia” Zetty ketawa kecil sebab rancangan dia dah berjaya nak kenalkan aku dengan kawan dia tu.

Kawan Zetty tu muka dia lagi cun dari adik Zetty. Mahunya aku tak cair tengok. Nak-nak pula kawan dia tu single lagi, so aku cuba  lah mana tau rezeki aku kan. Orang tua-tua kata ‘Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari’. Malam tu aku cuba mesej kawan Zetty tu dengan harapan mesej aku berbalas. Aku taip mesej macam ni :

‘Assalam, errrr..ni Ryna ek kawan Zetty ? Dia bg kat i no. u..u jgn marah dia ek sebb i yg minta’

Aku harap ada lah balasan. Tapi bila aku baca balik mesej yang aku hantar tu macam budak nerd pula. Ahhh.. Pedulilah janji aku dah mesej dia. Selepas dalam 20 minit, handphone aku berbunyi. Cepat-cepat aku capai handphone sampai aku terjatuh katil. Tapi....Mesej yang aku dapat macam ni pula :

‘CallerRingtone anda akan tamat pada 23 Mac 2010. Untuk renew sila...blaa..blaa..blaa..’

Haaiiihhh, punyalah excited sampai jatuh katil, mesej dari Hotlink yang aku dapat. Hampeh betul rasa masa tu. 10 minit lepas tu handphone aku bunyi lagi. Kali ni tenang je aku buka mesej. Ada no. yang tak kenal mesej aku. Bunyinya macam ni :

‘Sorry late..i baru balik tuisen..ni Ajib ea ? Zetty dah cerita pasal u..hehehe..btw, ni no. private i tau..jgn bagi sape2 ek’

Yaaaaahhhhhooooooo ! Aku menjerit kuat-kuat sampai mak aku kat luar tu marah. Hehehehehe. Akhirnya terbalas juga SMS aku tu. Nampaknya aku macam tak bertepuk sebelah tangan. Sejak malam tu sampai beberapa bulan aku dengan Ryna selalu main mesej. Nak call masih malu-malu lagi. Dan sampai suatu hari ni kami bercadang untuk berjumpa dekat shopping complex. Kiranya ni first date aku dengan dia. Tak tidur malam nak menanti date yang pertama kalinya ni.

p/s Nak tahu apa jadi lepas nie  ? Nak tahu macam mana nama Uda & Markonah wujud ? Tunggu part yang seterusnya =D

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

3 comments:

  1. uncle, sile jgn lambat2 update part 2 eyh ... ;p
    time kasih !

    ReplyDelete
  2. ahaahah...baiklah..sabar dapat hasilnya.. :D

    ReplyDelete