BLOG BUDAK MENTAH

Wednesday, March 30, 2011

Seringgit

Pengumuman tuan-tuan dan puan-puan sekalian..kelas fardhu ain malam ini akan ditunda pada hari...isnin minggu depan..kerana pada malam ini kita akan mengadakan mesyuarat TERGEMPOR..terima kasih..


haaaiiihhh apa merepek daaa~ baiklah kita teruskan dengan agenda kita yang bertajuk 'Seringgit'.
semua orang di Malaysia tahu bahawa seringgit adalah satu nilai mata wang yang terdapat di negara ini.
kalau dulu dengan seringgit boleh beli nasi lemak 5 bungkus. tapi sekarang ?
hari ini aku nk cerita apa yang aku boleh beli dengan------>>>>




dengan seringgit aku boleh beli -> choki-choki choco milk
dengan seringgit aku boleh beli -> air kotak
dengan seringgit aku boleh beli -> pensil sebatang
dengan seringgit aku boleh beli -> nasi lemak sebungkus
dengan seringgit aku boleh beli -> teh o ais
dengan seringgit aku boleh beli -> papadom 5 keping
dengan seringgit aku boleh beli -> isi minyak motor
dengan seringgit aku boleh beli -> online kat c.c 30 minit
dengan seringgit aku boleh beli -> kelapa kat kedai
dengan seringgit aku boleh beli -> air tebu kat pasar
dengan seringgit aku boleh beli -> kentang / nugget cucuk kat pasar
dengan seringgit aku boleh beli -> cendawan goreng kat pasar
dengan seringgit aku boleh beli -> keropok lekor
dengan seringgit aku boleh beli -> pemadam
dengan seringgit aku boleh beli -> buku latihan
dengan seringgit aku boleh beli -> gula-gula 20 biji

naaa tgk tu yang aku dapat beli dengan 'seringgit'. banyak sangat dah tu~ HAHAHAHA
kau ada ? kesimpulannya 'seringgit' nie sangat bernilai boleh buat korang kenyang taw tak !!!
seringgit ni pun boleh bantu kita buat rumah tau tak. tak percaya ? tgk nie --->


haaaa...sekarang percaya ke tak ? HAHAHAHA~
itu sahaja untuk kali nie yaaa teman-teman semua ^__^
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Monday, March 28, 2011

Takdir Kehidupan

menyusuri liku-liku perjalanan dalam kehidupan
aku mencari takdir hidup ku sendiri
takdir yang sememangnya telah ditentukan untuk ku
yang tidak kepastiannya bilakah akan perakhirannya


aku mencari kehidupan sebenar di muka bumi yang terbentang indah
belajar dari kehidupan yang lampau yang mungkin mematangkan aku
belajar dari kesilapan diri yang mungkin dapat mengubah hidup aku
kadang-kadang terasa 'bodoh' mengapa aku tak fikir sebelum bertindak


kata orang hidup ibarat roda yang berputar
adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah
mengapa perlu disamakan dengan roda ?
kerana kehidupan kita tidak selalu sempurna pasti ada cacat celanya


kadang-kadang aku terfikir hidup di dunia ini untuk apa ?
terlalu banyak dengan suka ria, habiskan masa dengan perkara tidak berfaedah
bahkan waktu belajar pun masih lagi main-main tidak ada sensitiviti tentang itu
inikah hidup yang aku cari sebenarnya ?


setiap hari aku mengatur langkah dengan kehidupan yang baru
dengan diberi 'pinjam' oksigen segar yang dapat ku hirup setiap hari
dengan di anugerahkan kudrat yang masih bertenaga untuk aku bergerak
untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang 'hamba' di dunia ini


nukilan ku - ayie
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Sunday, March 27, 2011

cinta dan suka

bila bertemu dengan seseorang, kita akan SUKA pada seseorang tersebut.
tapi, apakah kita akan CINTA seseorang itu ?
apa maknanya CINTA dan apa pula SUKA yang dimaksudkan ?


bila kita berkawan dengan seseorang kita akan SUKA kat dia. kenapa kita suka dia ?
sebab dia baik, faham kita, kita selesa berkawan dengan dia. kalau kita tak suka dah tentu ada perasaan BENCI pada dia kan. sebab kita SUKA lah kita terus berkawan dengan dia.


tapi kenapa kita CINTA dia ? kita cinta sebab semakin hari kita berkawan dengan dia, semakin kuat perasaan cinta itu wujud. mula-mula kita SUKA dia, lama-lama perasaan suka tadi dah bertukar jadi CINTA pula. kita cinta sebab dia dah mula jadi sebahagian dari hidup kita. dia dah lekat dalam hati kita.


kita boleh lafazkan kata-kata suka pada sesiapa pun. "Hai saya suka awak lah"
tapi ramai orang yang salah tafsirkan perasaan SUKA nie. terutamanya pada perempuan. pada mereka sekali lelaki kata SUKA kat mereka, mereka akan fikir yang lelaki tersebut nak jadi mereka punya 'teman istimewa'.
"Saya suka awak, sudi tak awak jadi girlfriend saya?"
kalau orang cakap macam nie jangan terima kerana suka dalam perhubungan tak ke mana~


boleh tak kita lafaz cinta pada sesiapa pun ? "Hai awak, saya cinta awak lah"
cubalah kalau berani. paling kurang pun dapat penampar kot. cinta membawa maksud yang dalam.
perasaan cinta wujud kerana Tuhan. bila kita cintakan seseorang mula lah kita tak boleh tidur ingatkan dia, makan tak kenyang, mandi tak basah. kita umpama bagai di syurga bila bercinta. semuanya indah, kentut bau wangi, U tak mandi pun I tak kisah, U suap I, I suap U. untungnya orang bercinta bila bosan dapat 'date'.


macam mana pun kita SUKA dia. bagaimana pun kita CINTA dia. semuanya kerana Tuhan yang wujudkan perasaan itu dalam hati kita. kita suka dia, kita cinta dia, tapi dia suka kita tak ? cinta kita tak ?
alangkah baik nya kita SUKA dan CINTA kepada Tuhan. kerana itulah yang hakiki buat kita. SUKA dan CINTA manusia hanya di dunia. SUKA dan CINTA Tuhan bawa ke syurga~


nukilan ku-ayie
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

nukilanku

sampai masa tibanya waktu,
redup hati kita berdua,
bila dua jasad bersatu,
hidup mati selalu bersama.

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

manja

seseorang itu manja bila,
kekasih hati ada di depan mata.


seseorang itu manja bila,
kekasih hati mempunyai harta.


seseorang itu manja bila,
kekasih hati mula berkata-kata.


mulut kata manis, hati siapa tahu.
depan nampak baik, belakang siapa tahu.


nampak gadis manja, ouh best nya kalau ada 'awek' macam ni.
nampak teruna manja, 'anak mak' lah tu.


dengar suara gadis manja, aahhh tak tidur malam.
dengar suara teruna manja, dia ni 'dua alam' ke.


tengok anak manja, untunglah dia apa nak semua dapat.


*bermacam-macam ragam di dunia*


nukilan ku-ayie
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Saturday, March 26, 2011

Hari Kehancuran

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

ⅰ- Pemimpin yang adil. 

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

:::[ Hari KEHANCURAN ]:::
by Islam Itu Agamaku on Thursday, November 4, 2010 at 1:10am
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Berakhirnya Sebuah Kisah

ini kisah kau & aku~
bermula satu pertemuan, terciptanya satu kisah. orang kata tak kenal maka tak cinta. tapi persoalannya bila sudah kenal apakah akan adanya cinta ?
aahhhh..dusta itu semua. tipulah kalau tak ada perasaan suka. tipulah kalau tak ada perasaan sayang. tapi cinta ? hanya mudah diungkap dengan kata-kata, tidak dengan hati.


kadang-kadang bila kita rasa nak dekat dengan seseorang. tapi ia semakin jauh dengan kita. kenapa? sebab Tuhan dah aturkan langkah yang terbaik buat kita. kenapa perlu kita menangisi ? tidak perlu semua itu kerana ia hanya permainan perasaan. hati kita bergolak macam mana pun ianya tetap berlaku.


kadang-kadang kita cuba elakkan dari perkara buruk berlaku. kita nak semuanya berjalan lancar. tapi kita ada hak ke nak tentukan semuanya ? kita hanya mampu merancang tapi bukan kita yang tentukan. see, kelemahan manusia inilah dia. bila semua yang dirancang tidak menjadi mulalah memberontak. think positif will make me happy :)


aku mengenali mu dengan satu nama. aku mengingati mu dengan satu renungan. segala titik permulaan sehingga garis pengakhiran menjadi satu kisah yang dicipta berdasarkan kisah kita. kisah yang tidak dapat dicipta dengan skrip, lakonan dan tiada pelakon tambahan. Tuhan tidak memberi apa yang kita inginkan. tapi Dia memberi apa yang kita perlukan~


*24/9/2010 - 24/3/2011
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Friday, March 25, 2011

Sudah Sekian Lama

naaaahhh~
lama sudah rasa nya kan tak update blog nie. sangat lama rasa nya. al-maklumlah sibuk belajar kan. hehehehe...
sekarang dah mula cuti semester selama satu bulan~
aarrgghhhhh !!! masa yang sangat lama itu. apa nak buat dengan masa selama itu ???
macam biasalah rutin harian haruslah sama setiap hari. bangun petang, sarapan petang, tidur pagi~
teruk kan perangai macam tu~ HAHAHAHA...

now nak masuk minggu kedua dah cuti. makin hari boleyh GILA di buatnya hari-hari buat benda sama. nak dating ??? gadis spesial takde laa puleee. HAKHAKHAK~
oouuuhhhh laa nasib~

start je cuti hari tu aku ade 2 beg besar yang dipenuhi dengan baju kotor. sumpah malas gila nak basuh baju banyak-banyak macam tu. cuaca pulak tak elok asik hujan je. bila time lak baju tu nak kering kan~
dalam bilik tak payah cerita laaa. sampai sekarang pun bersepah lagi. anak lelaki yang malas nak kemas macam aku nie biasa laa. HAHAHAHA~
tapi kalau time rajin tak payah cerita laa an. memang bilik aku ini macam HOTEL aku kemas~

cuti nie gak lesen aku mati. haaddoooiii punya la umi aku paksa suh renew. kalau tak tak boleyh kuar uma jalan-jalan. HUHUHUHU~
apa lagi aku nak celoteh ni ek ??? dah takde idea dah nie. HAKHAKHAK~
konklusinya, tunggu laaa next post aku ek~
Assalamualaikum~

^___^
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)