BLOG BUDAK MENTAH

Thursday, June 9, 2011

JOM MAKAN @ Restoran SS2 Murni

Assalamualaikum. Selamat pagi. Salam tengah hari. Selamat petang. Selamat malam. huh complete aku bagi. Hamek kau !

Oke hari nie aku nak bawa korang semua pergi jalan-jalan cari makan. Aauuuummmpphhh, enak banget ! Entri kali nie tentang makan. Terang-terang tajuk post aku 'JOM MAKAN'. Aku nak kenalkan kat korang satu restoran nie. Nie kali ketiga aku makan kat restoran nie. Restoran apa ?


Haaa... Tu dia nama nya Restoran SS2 Murni. Kedai nie berkonsepkan 'Mamak Stall'. Tapi memang lain dari yang lain laa. Apa yang lain nya ? Roti canai, roti telur, roti kosong semua memang laa ada. Tapi makanan kat sini memang banyak yang SPECIAL laa. Memang nama makanan kat sini banyak yang pelik-pelik. Tak terlintas kat fikiran korang pun. Oh, btw owner dia cina masuk Islam (muallaf).

Kedai nie yang aku pergi dekat Petaling Jaya, SS2. Korang ikt je signboard SS2 dah sampai cari laa kedai nie sampai jumpa. Kalau tak jumpa cari guna GPS. Trust me sebab masa 1st time aku pergi dulu memang aku cari guna GPS dan JUMPA ! HAHAHAHA~
Punya semangat nak makan time tu taw. Kedai nie buka jam 7 pagi sampai 5 pagi esok nya. lama bukan ? Tapi serius aku cakap kedai nie memang pack dan PENUH sentiasa. Aku je makan hari tu dia open table kat tepi kedai-kedai lain yang berhampiran. Sebab nak duduk dalam kedai memang susah laa pulak nak dapat. 1st come 1st serve. Tapi tak kisah laa janji dapat makan. HAHAHA~

Nah aku kongsi antara makanan yang di order. Sumpah buncit woo lepas makan. Tak percaya cuba lah rasa yaaa. Tengok dan tilik puas-puas ----->

Chicken Chop Napolean

Chicken Chop Special

Roti Hawaii

Dari kiri - Ribena Special, Tembikai, Pink Panther, Apple, Lily
(Pelik tak nama air tu ? Terliur tak ? Nikmat wooo ! HAHAHA~)

Air yang aku minum - Pink Panther

Macam mana pelik-pelik tak ? Pernah terlintas kat fikiran tak ? Tu belum tengok kat dalam menu lagi. Lagi banyak nama-nama makanan yang pelik-pelik. Contoh nya lagi macam Nasi Goreng Marryland, Nasi Goreng Napoleon, Spagheti Carbonara. Air pula macam air I Love You, I Miss You. Dengar nama je pelik mesti nak try. Dalam air tu dia letak longan, nata de coco. Memang nikmat laa. Nak-nak pula kalau time puasa. Peeerrgghhh, terliur tak terliuar arr di buat nya.

So, apa lagi korang try laa makan kat sini pada yang belum makan. Sure korang nak datang lagi punya laa. Belum cuba, belum tahu. Dah cuba, pasti mahu. oke sini aku bagi alamat nya. Kalau tak jumpa ingat pesan aku guna GPS. Pasti jumpa laaa. Bukan janji, tapi pasti ! HAHAHAHA~

Restoran SS2 Murni
Jalan SS2/75, Petaling Jaya53 Jalan SS 2/75
47300 Petaling Jaya, Taman Sea, Malaysia.

Restoran nie banyak cawangan taw. Aku tak ingat pula ade kat mana je. Yang aku tahu satu tempat nie jela. Ok guys, selamat menjamu selera laa ek. Sharing is caring. Nanti aku update tempat makan lain pula kalau aku rajin laaa. HAHAHAHAA~
Wassalam~ 

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

3 comments:

  1. waahhh....sedaps.....nampak cantik dan menyelerakan mknan dia..wuaaa....air tu mnm dlm tu ke??memandangkan ada kt kl skang..kena cuba ni!hahaha...nice info!

    ReplyDelete
  2. niesa : yeeaaahhh...cuba taw jangan tak cuba..siyes sedap taww ! yup2 air tu minum dalam tu..lupa nk btaw yang ade tu size small..ade 3 size..small-medium-large..hehehe.. selamat mencuba :)

    ReplyDelete
  3. spe yg kenalkn tmpt neyh x nk cte ke?lalalalla

    ReplyDelete