BLOG BUDAK MENTAH

Thursday, June 30, 2011

Ada Makhluk Nak HACK Email - Kisah Benar

*kalau tak nampak. click kat image laaa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kembali lagi dalam rancangan Edisi Khas~
Puuiiiiii ! Bengang tol laaa ada orang nak try hack email aku nih ! Bila masa laa pulak aku nak RESET password email aku nih. Tengah syok check email tiba-tiba aku tengok ada email dari yahoo. Dengan confusenya + blurr-blurr bangun tidur. Sekali haa dapat email macam kat atas tu haa ! Ceeiiitttt !

Kalaulah aku tahu siapa yang try nih. Aku gulai dia masak lemak ! HAHAHAHA~
Errrkkk... Lapao, aku cau dulu nak melantak !

Moral : Buat password panjang-panjang bagi orang susah nak fikir apa password kau. Lepas tu jangan lupa makan KISMIS takut nanti terlupa pula :D

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Cerita Pendek : Cinta Uda & Markonah - Part 1


“Ajib, kau datang tak birthday party rumah Zetty weekend ni?” Epul bertanya pada aku.

“Haruslah datang, adik dia kan ada masa tu. Manalah tahu adik dia nak kat aku. Untung-untung tak dapat kakak adik pun boleh” Balas aku sampai gelak sopan.

“Mana boleh aku pun nak jugak. Hahahaha. Eh, jom lepak mamak jap minum-minum”

Menjadi rutin harian kami lepas je balik sekolah, mesti singgah kedai mamak kejap minum-minum dengan kawan. Bila balik rumah tak makan apa yang mak masak, sebab dah kenyang. Nama aku Razif tapi kawan-kawan panggil aku Ajib. Tahun ini aku akan menduduki peperiksaan PMR. Setiap minggu kene pergi tuisen, tapi minggu ni aku ponteng sebab Zetty jemput birthday party kat rumah dia. Takkan nak tolak sebab adik dia cun. Itulah tujuan utama aku pergi semata-mata nak tengok adik dia.

“Haaa..Ajib, Epul sampai pun korang kan. Ingat tak sudi nak datang tadi” Zetty jemput kami dengan senyumannya yang memang semua orang tahu sangat menawan.

“Mana boleh tak datang Zetty, terlepas la peluang nanti” Aku menjawab.

“Peluang apanya ajib ? Nak try adik aku la tu kan. Macam aku tak tahu. Hahaha” Zetty tahu yang aku memang ada hati kat adik dia. Top 10 awek hot kat sekolah tau.

Aku dengan Epul pun duduk kat meja makan. Sementara Zetty ambilkan kami makanan. Kek dia ‘Secret Resipi’ peerrgghh sedap tak sedap lah nak makan kan. Aku je tambah 2 kali. Epul pula macam tak pernah makan kek tambah sampai 5 kali. Kawan aku yang ni memang tak tahu malu sikit.

“Korang lepas ni nak pergi mana?” Zetty bertanya pada kami berdua.

“Pergi mana lagi, balik lah. Homework cikgu Laila tak siap lagi. Tak pasal-pasal aku kene pukul lagi dengan dia” Epul jawab sambil gelak sopan.
Dalam satu jam aku dengan Epul lepak rumah Zetty, kami pun minta diri untuk pulang. Sempat jugalah aku salam adik Zetty tu. Lembut tangan dia macam kain baldu.  Hehehehe. Ajib pula tak habis-habis kata aku gila bayanglah, apalah. Boleh buat aku jadi tak tidur lene satu malam.

Esoknya masa kat sekolah, Zetty datang dekat dengan aku. Dia tanya aku dah ada yang punya ke belum. Aku peliklah dia tanya macam tu, aku jawab jela tak. Mana tahu ada peluang dapat adik dia kan. Tapi jangkaan aku salah. Zetty nak kenalkan aku dengan kawan dia. Kawan dia ni baru 4 bulan putus cinta.

“Kau tunjuklah aku gambar dia dulu, biar aku nilai cun ke tak” Aku minta Zetty tunjuk gambar kawan dia tu dulu.

“Ish kau ni, demand betul yang cun nak, yang tak cun kau tak nak” Zetty mula membebel kat aku. Dia memang jenis kuat bebel sikit tak macam adik dia, cool je.

“Aku bukan apa, senang nanti anak aku pun comel macam mama dia. Nak-nak pula aku ni kacak kan”

“Alamak aii perasan sudah mamat ni. Ok, ni gambar dia. Peluang hanya sekali beb, jangan kau nanti menyesal tak sudah nanti”

Zetty hulurkan handphone dia dan tunjuk gambar kawan dia tu.

“Perrgghhh ! Zetty kalau macam nie aku on. Ada nombor dia tak?” Tanpa fikir panjang aku terus minta nombor dia kat Zetty.

“Haaaa..Baru kau tahu. Nanti kau cubalah text dia. Aku dah bagi tahu dia yang aku nak kenalkan kau dekat dia” Zetty ketawa kecil sebab rancangan dia dah berjaya nak kenalkan aku dengan kawan dia tu.

Kawan Zetty tu muka dia lagi cun dari adik Zetty. Mahunya aku tak cair tengok. Nak-nak pula kawan dia tu single lagi, so aku cuba  lah mana tau rezeki aku kan. Orang tua-tua kata ‘Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari’. Malam tu aku cuba mesej kawan Zetty tu dengan harapan mesej aku berbalas. Aku taip mesej macam ni :

‘Assalam, errrr..ni Ryna ek kawan Zetty ? Dia bg kat i no. u..u jgn marah dia ek sebb i yg minta’

Aku harap ada lah balasan. Tapi bila aku baca balik mesej yang aku hantar tu macam budak nerd pula. Ahhh.. Pedulilah janji aku dah mesej dia. Selepas dalam 20 minit, handphone aku berbunyi. Cepat-cepat aku capai handphone sampai aku terjatuh katil. Tapi....Mesej yang aku dapat macam ni pula :

‘CallerRingtone anda akan tamat pada 23 Mac 2010. Untuk renew sila...blaa..blaa..blaa..’

Haaiiihhh, punyalah excited sampai jatuh katil, mesej dari Hotlink yang aku dapat. Hampeh betul rasa masa tu. 10 minit lepas tu handphone aku bunyi lagi. Kali ni tenang je aku buka mesej. Ada no. yang tak kenal mesej aku. Bunyinya macam ni :

‘Sorry late..i baru balik tuisen..ni Ajib ea ? Zetty dah cerita pasal u..hehehe..btw, ni no. private i tau..jgn bagi sape2 ek’

Yaaaaahhhhhooooooo ! Aku menjerit kuat-kuat sampai mak aku kat luar tu marah. Hehehehehe. Akhirnya terbalas juga SMS aku tu. Nampaknya aku macam tak bertepuk sebelah tangan. Sejak malam tu sampai beberapa bulan aku dengan Ryna selalu main mesej. Nak call masih malu-malu lagi. Dan sampai suatu hari ni kami bercadang untuk berjumpa dekat shopping complex. Kiranya ni first date aku dengan dia. Tak tidur malam nak menanti date yang pertama kalinya ni.

p/s Nak tahu apa jadi lepas nie  ? Nak tahu macam mana nama Uda & Markonah wujud ? Tunggu part yang seterusnya =D

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Monday, June 27, 2011

Lagenda Kucing Hitam - Edisi Merepek


Kucing Hitam sering dikaitkan dengan kisah misteri, seram dan yang sewaktu dengannya. Tapi kenapa Kucing Hitam nie yang jadi mangsa atau pilihan ? Adakah sebab Kucing Hitam nie comel macam aku ? HAHAHAHA~

Kalau kita tengah sedap tidur. Elok-elok tengah mimpi sedap. Tetiba pula convert mimpi Kucing Hitam kat dalam mimpi kita. Orang tua-tua kata kalau Kucing Hitam datang dalam mimpi kita, maknanya ada petanda buruk laa tu. (boleh percaya tak ?)
Orang pun kata Kucing Hitam banyak digunakan ketika amalan sihir menyihir. Contohnya si isteri nak sihir suami dia supaya tunduk kat dia. iIh3, jahat nya isteri macam tu ek. Cara mudah bagi nasi kang-kang. Eh ! Lari topik laa ngek !

Tapi bagi aku Kucing Hitam nie best bro ! Sebab apa ? Cuba korang tengok citer kartun Sailormoon. Tengok kan Kucing Hitam tu tolong dorang. Dengan kuasa bulan....blaa..blaa..blaa.. Aku tak hengat lak skrip dia. (Eh, tapi tu kira sihir jugak kan)

Ada lagi cerita orang tua-tua. Kalau ada orang meninggal jaga-jagalah dengan Kucing Hitam. Jangan biarkan kucing tu langkah mayat. Nanti mayat tu bangun terus melompat macam pocong. Tapi betul ke ? Nanti aku nak try laa. Tengok berkesan ke tak. Barulah boleh percaya kan bila nampak dengan mata kepala sendiri (macam berani)

Tapi walau macam mana pun, Kucing Hitam Parsi jugak terbaik. Comel pun comel macam aku. Mahal pula tu kan. Ngek ! Nak tahu lebih lanjut pasal Kucing Hitam ? Tanya Pak  Cik Google ae  ^__<

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Bila Kanak-kanak Sekarang Buat Karangan

 
Jika anda seorang guru, apa anda akan buat bila baca karangan macam nie ?

:D

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Friday, June 24, 2011

Cinta Mu Bukan Milik Ku

Bisakah aku mencintai mu ?
Bisakah dia mencintai mu ?
Bisakah aku memiliki mu ?
Bisakah dia memiliki mu ?


Namun mungkin aku harus berundur diri,
Demi cinta kau dan dia,
Cinta yang kau beri pada ku,
Mana mungkin sama cinta yang kau beri padanya.


Lebih baik kau pergi padanya,
Lebih baik kau memilih dia,
Jangan pernah kau hiraukan hati ku.


Aku rela....

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Friday, June 17, 2011

JOM MAKAN @ Satay Hut

Haaaluuuu ! Ayie datang lagi dalam raannccaanggaannn 'Makan-makan Kenyang Perut Sampai Buncit'~
Fuuhhh panjang benor nama rancangan aku nie an. Mu Ado ? Xdo an.. Seronok pula an update pasal makan-makan nie. Teringin pula nak join 'Jalan-jalan Cari Makan'. Paling kurang boleh tambah berat aku dari teeettt KG kepada 100 KG kee. Senang cari saiz seluar kan. HAHAHAHA~

Oke banyak bebel sajaa.. Berbalik kepada topik asal. Tajuk pun 'Satay Hut' so makan satay laa kan. Restoran nie yang special nya dia punya satay laa. Thats why dia letak nama kedai dia 'Satay Hut'. Oke restoran dia dekat tempat aku. Kenapa aku cakap dekat tempat aku ? Biasalah aku nie kan abang kawasan. Oppss tak boleh guna doe ayat tu. Tak elok ! Tempat dia agak dekat laa dengan rumah aku kalau naik kereta, jauh kalau jalan kaki ! Nak lebih saintifik lagi, restoran dia terletak di pekan Tanjung Karang, Selangor. Tepi jalan sajee restorannya..

Oke sudaahh ready nak tengok itu satay ? Nak ambik ko !



Tuuuu diiaaa haaa satay dia.. Nak tahu sedap ke tak rasa sendiri oke.. Sini aku explain sikit pasal satay nie ek.. Waahhh gitu siap ade explaination tuh ! Oke satay dia ada dua jenis tau.. Ade saiz 'KECIL' dan ade saiz 'BESAR'. Sumpah besar ngeekk satay dia ! O.M.D (Oh Mak Datok) ! Tak percaya cuba lah. Belum Cuba belum tahu an~

Satay dia harga murah jee weyhh.. Semua orang mampu bayar.. Anda mampu mengubah nya ! HAKHAKHAK~ Oke satay 'KECIL' harga dia dalam 40-60 sen kot secucuk. Manakala satay bersaiz 'BESAR' adalah berharga RM 1.10 sahaja.. Kau makan satay saiz 'BESAR' 3 cucuk pun dah boleyh kenyang taw tak giler ! Serius aku cakap nie.. Tapi kalau 'tank' kau besar, makan laa lebih.. Tak cukup nanti tak kenyang ! HEHEHEHEHE~

Oke nie ada lagi satu pencuci mulut special !


Nah kau ! Terliur tak ? Peerrgghhh ada ais krim laa ngek ! Nampak sedap kan ? Nak tahu macam aku cakap tadi, rasa sendiri ek.. Dah kenyang makan satay, tambah pula dengan ABC sebanyak macam nie kan. BUNCIT laa perot kau ! HAHAHAHA~

Oke laa cukup laaa setakat nie aku bebel pasal makan nie an.. Aku tunjuk apa yang agak special jela kat restoran nie.. Yang lain makan goreng-goreng semua ada ! Order laa sendiri yek.. Macam nasi goreng udang *Peberet aku~ HAKHAKHAK~

Oke u ollss ! Selamat Datang laa ek kat restoran nie.. Tak tahu jalan ? guna GPS laa ngek ! HAHAHAHA~ Nak pelawa aku ikot sekali pon bolee.. :D

Oke.. Jumpa lagi di lain hari yaaa !

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Thursday, June 9, 2011

JOM MAKAN @ Restoran SS2 Murni

Assalamualaikum. Selamat pagi. Salam tengah hari. Selamat petang. Selamat malam. huh complete aku bagi. Hamek kau !

Oke hari nie aku nak bawa korang semua pergi jalan-jalan cari makan. Aauuuummmpphhh, enak banget ! Entri kali nie tentang makan. Terang-terang tajuk post aku 'JOM MAKAN'. Aku nak kenalkan kat korang satu restoran nie. Nie kali ketiga aku makan kat restoran nie. Restoran apa ?


Haaa... Tu dia nama nya Restoran SS2 Murni. Kedai nie berkonsepkan 'Mamak Stall'. Tapi memang lain dari yang lain laa. Apa yang lain nya ? Roti canai, roti telur, roti kosong semua memang laa ada. Tapi makanan kat sini memang banyak yang SPECIAL laa. Memang nama makanan kat sini banyak yang pelik-pelik. Tak terlintas kat fikiran korang pun. Oh, btw owner dia cina masuk Islam (muallaf).

Kedai nie yang aku pergi dekat Petaling Jaya, SS2. Korang ikt je signboard SS2 dah sampai cari laa kedai nie sampai jumpa. Kalau tak jumpa cari guna GPS. Trust me sebab masa 1st time aku pergi dulu memang aku cari guna GPS dan JUMPA ! HAHAHAHA~
Punya semangat nak makan time tu taw. Kedai nie buka jam 7 pagi sampai 5 pagi esok nya. lama bukan ? Tapi serius aku cakap kedai nie memang pack dan PENUH sentiasa. Aku je makan hari tu dia open table kat tepi kedai-kedai lain yang berhampiran. Sebab nak duduk dalam kedai memang susah laa pulak nak dapat. 1st come 1st serve. Tapi tak kisah laa janji dapat makan. HAHAHA~

Nah aku kongsi antara makanan yang di order. Sumpah buncit woo lepas makan. Tak percaya cuba lah rasa yaaa. Tengok dan tilik puas-puas ----->

Chicken Chop Napolean

Chicken Chop Special

Roti Hawaii

Dari kiri - Ribena Special, Tembikai, Pink Panther, Apple, Lily
(Pelik tak nama air tu ? Terliur tak ? Nikmat wooo ! HAHAHA~)

Air yang aku minum - Pink Panther

Macam mana pelik-pelik tak ? Pernah terlintas kat fikiran tak ? Tu belum tengok kat dalam menu lagi. Lagi banyak nama-nama makanan yang pelik-pelik. Contoh nya lagi macam Nasi Goreng Marryland, Nasi Goreng Napoleon, Spagheti Carbonara. Air pula macam air I Love You, I Miss You. Dengar nama je pelik mesti nak try. Dalam air tu dia letak longan, nata de coco. Memang nikmat laa. Nak-nak pula kalau time puasa. Peeerrgghhh, terliur tak terliuar arr di buat nya.

So, apa lagi korang try laa makan kat sini pada yang belum makan. Sure korang nak datang lagi punya laa. Belum cuba, belum tahu. Dah cuba, pasti mahu. oke sini aku bagi alamat nya. Kalau tak jumpa ingat pesan aku guna GPS. Pasti jumpa laaa. Bukan janji, tapi pasti ! HAHAHAHA~

Restoran SS2 Murni
Jalan SS2/75, Petaling Jaya53 Jalan SS 2/75
47300 Petaling Jaya, Taman Sea, Malaysia.

Restoran nie banyak cawangan taw. Aku tak ingat pula ade kat mana je. Yang aku tahu satu tempat nie jela. Ok guys, selamat menjamu selera laa ek. Sharing is caring. Nanti aku update tempat makan lain pula kalau aku rajin laaa. HAHAHAHAA~
Wassalam~ 

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)