BLOG BUDAK MENTAH

Sunday, October 2, 2011

Antara Cinta & Sahabat

Assalamualaikum !
Salam Sejahtera !

Ke hadapan 'Teman Blogger' yang amat saya kasihi dan yang sudi FOLLOW blog saya serta mengeCHAT dekat chatbox saya kat tepi tu walaupun sudah berBULAN saya tidak mengUPDATE blog nie -__-"
Saya nak ucapkan TERIMA KASIH sebab jenguk-2 dekat blog yang dah lama tak kena vakum neyh ! Berhabuk sudah~

Oke ! Hari nie kita buka topik 'Antara Cinta & Sahabat' ~

Pertama-tamanya aku nak tanya korang mesti pernah @ sedang berCINTA kan ? Korang mesti ada BFF @ SAHABAT kan ? Tipu laa kalau tak ada. Aku kerat JARI aku kalau korang tak berCINTA & ada SAHABAT even sekali seumur hidup~ <--- Bab kerat JARI tu jangan ambil serius taw =D

Situasi 1 :
Korang ada kawan rapat atau budak-2 sekarang kata Best Friend Forever @ BFF laa konon-2 nya. Apa korang buat mesti bersama. . . keluaq sama-2,hang out sama-2, menyekodeng @ skodeng sama-2, dan lain-2 yang termaktub dalam urusan yang dikatakan BFF nie. Kalau sehari tak buat perangai bersama kira hidup tak lengkap laa. Ada tak macam tu ? Ada weyh aku dah rasa dulu-2. Kalau boleh tidur pun nak sekatil. Hahahaha. . . Itu laa yang di kata kan BFF sejati weyh ! -___-"

Situasi 2 :
Korang ada kekasih atau ayat budak-2 sekarang AWEK @ BALAK atau manis sikit bunyi nya GF @ BF laaa =) Setiap hari korang jumpa kekasih korang. Study sama-2, jalan-2 pegang tangan, makan suap-menyupa *menyampah pula tengok -__-" Masa itulah saat BAHAGIA kan ? Nak-2 pula kalau BF tu bawa motor. Si GF bonceng belakang peluk pula tu. Peerrgghhh . . . ANGIN nak lalu pon tak lepas weeyhhhh ! Hehehehe. . .

Situasi 3 :
Ada pepatah Melayu yang berbunyi macam nie 'Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing' ~ Begitulah juga ikatan SAHABAT yang SEJATI. Korang pernah tengok @ rasa sendiri bila kita susah  @ ada masalah siapa yang kita cari ? SIAPA ! Korang pernah fikir dekat dunia nie siapa yang rapat dengan kita ? SIAPA ! Kalau kat Kolej @ Universiti @ Sekolah dah tentu SAHABAT yang ada dengan kita kan ? Kalau assignment @ kerja sekolah korang tak tahu nak buat, pernah tak mintak tolong kat kawan korang ? Tipu laa tak pernah ! Aku kerat JARI aku lagi sekali kalau kata 'SAYA TAK PERNAH MINTA TOLONG KAWAN'~

Situasi 4 :
Pepatah Melayu ada juga kata 'Irama Dan Lagu Tidak Dapat Dipisahkan'~ Begitulah juga apabila pasangan KEKASIH sedang asyik dilamun CINTA. 'Di Mana Ada Gula, Di Situ Ada Semut' yang dapat menggambarkan realiti kehidupan pasangan yang bercinta. Tapi korang pernah terfikir tak macam mana bila KEKASIH korang pergi TINGGAL kan korang ? PERNAH ! Mesti PERIT kan waktu tu bagi korang ? Ada yang 'FRUST' menonggeng, ada yang nak TERJUN BANGUNAN, malah ada yang MINUM RACUN !

Konklusinya :
Korang rasa SAHABAT atau KEKASIH mana lagi penting ? Yaaa memang DUA-DUA penting dalam hidup kita kan. Tapi cuba korang fikir balik, siapa yang akan setia pada korang ? SAHABAT ? KEKASIH ?

Kalau korang dilanda MASALAH BESAR, siapa yang nak TOLONG korang ? Aku rasa jawapan paling tepat SAHABAT ! Sebab aku sendiri pernah rasa bila mana aku susah, SAHABAT aku laa yang sentiasa dekat dengan aku. Bila aku tak ada DUIT ! Dorang juga laa yang bagi pinjam~ Hehehehe. . .

Let see kalau korang putus CINTA ? Korang mengadu tak kat PARENTS korang ? Pttuuuiihhhh ! Kalau mengadu kat parents korang. Parents hantar masuk U suruh belajaq. Hang p berCINTA dah sakit macam nie baru hang tahu ! Haaaa, masa nie laaa tergopoh-gapah nak cari SAHABAT korang tu. Betul tak ? Pukul aku kalau aku salah cakap~ Lalalalala . . . Dulu masa tengah SYIOK berCINTAN-CINTUN korang tinggal kan SAHABAT korang tu. Bila dah susah, baru nak CARI !

Inilah LUMRAH kehidupan dalam dunia ini. Kita manusia tak lekang dari membuat KESILAPAN. Antara sedar tak sedar je semua tu. Moral of the story, RINDU, SAYANG, CINTA laa SAHABAT korang macam mana korang buat dekat KEKASIH korang tu. . . Tanpa SAHABAT hidup kita TAK BERMAKNA. Tanpa KEKASIH juga hidup kita SUNYI.

Minta MAAF andai tersalah tulis. Tulis blog dengan hati yang ikhlas ^__< Marilah kita nasihat menasihati~

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

No comments:

Post a Comment