BLOG BUDAK MENTAH

Sunday, January 23, 2011

Apa Itu Cantik ?

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w kerana bginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik tanpa anda alam ini tidak akan sempurna.


Memang Allah swt menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah swt. Dia berhak dan mampu buat apa sahaja mengikut kehendak-Nya. Kita tidak ada hak untuk mempertikai persoalan itu dan ini, mempertikai itu ini.


Anda mungkin merasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggaplah ia suatu kelebihan. Jika anada berasa anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung ? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan membawa kemusnahan. Setelah anda dikenali sebgai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.


Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan diwajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan diri. Saat menjadi buruk pasti akan tiba, bagaimana sicantik akan menghadapi hari tua mereka.Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?


Kadang-kadang semut yang diberikan sayap oleh Allah swt supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya kadang-kadang seseorang manusia diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberi balasan yang setimpal di Akhirat.


Tontonilah filem-filem atau drama di TV. Kisah hidup orang cantik penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada sifak riak dan takbur.


Penghuni neraka kebanyakannya wanita sebagaimana sabda Rasulullah saw. wanita itu tentu yang cantik tetapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah swt kepadanya.Dan tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan mempertikaikan kerja Tuhan.


Siapakah penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan Allah swt ialah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah swt. Barangkali yang buruk tapi dia faham Allah swt tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada didalam hatinya.


Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalu tersasar. Hargailah diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah swt.

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Saturday, January 8, 2011

Cuba Lagi

Satu dua tiga dan empat
Cuba berkali masih tak dapat
Lupakan sakit segan dan penat
Nanti di puncak pasti terubat

Empat tiga dua dan satu
Puncaknya betul aku di situ
Ada dah dekat, ramai yang berbatu
Cuba lagi dik ku tunggu
 

Ku cuba berkali-kali
Masih tak menjadi-jadi
Tapi ku tak patah hati
Tiap kali gagal aku cuba lagi
Aku cuba lagi, aku cuba lagi
Hanya yang lemah kan lari
Jadi lelaki dan cuba lagi

Ku cuba, ku cuba, ku cuba
Puas ku cuba

Nah! Bukan senang hendak menang
Apatah lagi jadi juara
Nah! Bukan senang nak jadi bintang
Apatah lagi jadi lagenda
Aku tahu aku fasih
Nombor satu, yup, aku masih
Terima kasih seteru bersekutu
Keranamu aku bertambah mutu
Tetapi, kebelakangan ini aku tepu
Hampir beku, ni, buku lirik kosong nak berdebu
Hilang sengat hilang seri hilang seru hilang merdu
Mata tutup kepala tertelungkup
Pintu dengar ketuk, oh teman ku menjenguk 

Sahabat jangan kerut dahi
Tukar niat baca Bismillah mesti jadi

Buat lagu hebat radio tak nak main
Apa boleh buat? Buat lagu lain
Aku dengar sedap, dia dengar lain
Mungkin lepas menang AIM dia main
Jangan cari pasal, kaji hujung pangkal
Buat lagi sampai tiada orang boleh sangkal
Sampai orang kampung kata pakai tangkal
Sampai gadis kota tidur tepuk bantal
Sampai orang-orang gaji pun hafal
Tapi selagi tak berlaku, tawakal
Ganda usaha bukan simpati
Percaya besok lusa buat lagi
Mereka tanya sampai mana
Yo nampak langit sampai sana
Tiada makna kalau tiada fakta
Lihat carta situ ku diwarta

Ma kata ku pandai Pa kata ku kuat
Jadi kalau cari jalan tak jumpa, ku buat
Ke sini ke sana hanya satu garis lurus
Jangan menoleh mana-mana jalan terus
Ku bukan jenis suka omong kosong
Tolong dengar dik, jangan bodoh sombong
Lima ribu tahun atau lima saat
Kalau kita mahu kita dapat
Banyak laki, berapa jati
Banyak janji, berapa ditepati
Cuma dara sunti minta puji, anak jantan minta uji
Lepas cakap besar tanam pokok
Pasti belum boleh berteduh besok
Dan kalau tak berbuah doa sehari lagi
Tuah akan sampai dengan Taming Sari sekali

Ku cuba lagi

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)