BLOG BUDAK MENTAH

Sunday, November 28, 2010

MEROYAN !!!

Meroyan sekejap.
Mimpikan kau seribu kali lagi,
Terbayangkan kau sejuta kali.

Apakah?

Fikirkan kau buat aku hilang selera,
Fikirkan kau buat aku kenyang selama,
Fikirkan kau buat aku gelisah tak tentu hala,
Fikirkan kau buat aku tidur tak lena.

Aku toleh ke sini kau tersenyum,
Aku toleh ke sana kau tersengih.
Aku diam-diam,
Kau ketuk perlahan-lahan kotak ingatan aku.

* Haihhh -,-'

Kau semacam hulur 'dadah' pada aku,
Aku semacam terima anugerah dari kau.

Aku jadi suka.
Apakah?

Entah perasaan apa yang hasut aku untuk 'menggali' siapa kau,
Entah perasaan apa yang buat aku jadi 'lalai' dengan kau,
Entah kenapa!

Kadang aku rasa macam bangsatnya aku layan imaginasi goblok aku,
Kadang aku rasa macam bodoh aku layan perasaan melayang aku,
Kadang aku rasa macam cilaka bila aku ingat-ingat detik bersilih mata,
Dan kadang aku rasa macam nak undurkan detik silih mata jadi scene gerak lama.

Biar lama aku pandang kaca mata kau,
Biar lama aku pandang manisnya senyuman kau,
Biar lama aku pandang kau dari atas sampai bawah,
Supaya aku dapat fotokopi sebenar siapa kau.

Kemudian,
Aku cuba figurakan kau dalam kotak hati aku.
Aku cuba fotokopi semua momen 'silih mata'.
Lalu, mungkin aku akan jadikan kau sebagai pengubat sanubari aku selama-lama.

Lihat!
Bagaimana hebatnya kau menawan hati aku yang kosong selama ni.
Lihat!
Bagaimana juaranya kau jadi yang teragung untuk aku setakat ini.

Meroyan itu jadi perkataan sesuai untuk aku kala ini.
Aku terberani pacak bendera perasaan pada hati aku.
Buktinya lihat!
Ini untuk engkau.

Panjang berjela monolog perawan aku 'storytelling' pasal kau.
Panjang berjela metafora dara aku campur adukkan.
Panjang berjela aku fikir buah fikiran untuk kau,
Dan aku tak sanggup letak sinkof ini untuk kau.

Walaupun sekarang aku hanya di bobokkan oleh kenangan silih mata,
Tapi aku harap satu hari nanti kita bersua.

Aku mahu jalan cerita yang ikhlas ikut takdir,
Aku mahu semua lancar tanpa 'minyak pelincir'.

Kau yang sangat aku 'terkilan' kan saat ini.
Benar-benar aku monologkan kali ini.
Jadinya aku konflik dengan diri sendiri.

Entah bila mahu dapat momen 'bersilih mata' lagi.
Aku jangka kalau esok aku ke sana pun belum tentu akan dapat mengulangi.
Semuanya takdir realiti.

Kenapa kau jadi sangat aku sanjungi dalam hati?
Waktu dah nak 'mati' pun aku sanggup layan tulis puisi bangang ini.
Ahhhh!!
Ini benar-benar 'gila babi'.

Meroyan lagi aku kali ini-

Doa aku cuma mahu momen 'bersilih mata' datang kembali',
Perlahan-lahan aku imaginasi,
Mana tahu jadi realiti hakiki,
Tak mahu tertanya-tanya lagi dalam hati,
Biar lekat terus dalam sanubari,
Baru lah aku tak bermimpi lagi.

Selamat untuk kau yang terlalu aku sanjungi,
Semoga esok-esok dapat kita 'bersilih mata' lagi.

Kejarlah cita-cita kau,
Tamatkan perjuangan kau.
Aku senantiasa doakan yang sejahtera untuk kau.

Lihat!
Aku meroyan di hati kau.

Kalau sudah tertulis seribu tahun momen 'bersilih mata' akan berulang lagi,
Aku sanggup tunggukan.
Sampai hati aku jadi kering kalau tak terizinkan.
Dan aku akan fotokopi kan kesemuanya dan aku bingkaikan agar aku ingat selama-lama.

Terima Kasih jadi 'kekasih' aku.

:'] 


credits to "yaya yott's"
Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

No comments:

Post a Comment