BLOG BUDAK MENTAH

Sunday, November 14, 2010

KENAPA LELAKI MENANGIS ???

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.


Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.


Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingin saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.


Kenapa lelaki menangis?


# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira 

   apabila menyambut kelahiran cahaya mata 
   pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang 

   Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-

    zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran 

    yang dibaca olehnya.

*sumber dari :
http://hakaluka.blogspot.com/

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

No comments:

Post a Comment