BLOG BUDAK MENTAH

Thursday, November 11, 2010

Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


*aku copy kat blog org. not mine
sharing is caring rite ??
=)

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)

Tuesday, November 9, 2010

Cerita Di Pagi Hari

Assalamualaikum pembuka bicara~
penulis kembali lagi dengan entri yang terbaru...
hari ini penulis nak bawa korang semua jalan-jalan pulak...
hehehehe...
yaa destinasi hari ini penulis bawa ke Kampung Merbau Sempak, Selangor di mana di sini ada pasar pagi atau lebih di kenali sebagai 'Pasar Karat' atau 'Pasar Kambing'...
sungguh unik dan pelik kan namanya???
hakhakhak....
tapi itu lah hakikatnya ye kawan-kawan...

nampak kan signboard tu...
nak tau lebih detail cari kat google maps...
hehehe...

okey sekarang penulis nak kongsi sedikit apa yang ada kat Pasar Karat nie...
dekat sini secara puratanya banyak jual pakaian-pakaian di mana pembeli boleh beli secara pukal...
alaa...macam dekat mydin tuu..
beli banyak-banyak lepas tuu jual laa...
kebanyakannya yang membeli barang-barang pukal nie penulis lihat bangsa Pakistan & Bangaladesh...
info yang penulis dapat, dorang nie beli banyak-banyak lepas tuu dorang jual balik...
datang Malaysia cari makin juga...
ammmaaa.....
hehehehe...
 

 naaahhh...nampak kan ??? semua nya agak murah-murah laaa....
sebab tu bangsa-bangsa tersebut banyak beli pukal...
bukan dorang saja, taukey kedai baju pun taw...
 
kat sini bukan setakat pakaian sahaja yang mereka jual...
syampu, sabun, ubat gigi, berus gigi, kapur kasut pun ada...
hahahaha....
macam-macam ada taw...
seluar dalam pun ada...
oooppsss...
lalalaaaaa....
selain tuu handbag pun ade jaul gak taw...
tapi bagi penulis handbag tu sesuai untuk orang-orang tua kot...
hehehehe...
yang jual pun pak cik tua...
ngeeee~




okey...tujuan utama sebenarnya penulis datang ke tempat macam nie follow my umi cari tudung saje...
gara-gara pergi ke tempat nie lah penulis jaga dari tidur seawal subuh taw...
selalu tengah hari baru ingat nak bangun...
hahahahaha...
lupa nak bagi tahu, Pasar Karat nie ada hari isnin & jumaat sahaja dari pukul 8 pagi hinggalah tengah hari...
 
tudung-tudung kat Pasar Karat nie boleh tahan juga lah...
banyak pilihan-pilihan yang menarik...
harganya memang murah...
dibandingkan dengan uptown, sangat jauh beza taw walaupun kualiti dan jenis nya sama...
gadis-gadis yang pakai tudung, jemput lah ke sini...
ccceeeewwwaaaahhh.....

naaaahhhhh....
macam mana cantik tak ???
hakhak...
kalau lelaki tengok memang la kata biasa je...
kan..kan..kan..
 
bukan setakat tudung sahaja ada, malah kain ela nak buat baju kurung pun ada...
agak murah la kot...
penulis bukan ambik port pun pasal benda-benda macam nie...
hehehehe....
baju dah siap pun ada jugak taw...
tp tak berapa banyak pilihan sangat laahh...
mungkin ada peniaga tataw tempat macam nie kot...
penulis pun 1st time mari sini...
hehehehe...


haaaa.....
lihat lah sendiri yaaww...
ada sorang owner kedai tuu offer kain 'katun' rm25 je...
kain 'katun' ??? apa tuu??
dengan pantas umi penulis membetul kan, kain 'cotton' lah...
hahahahaha...
kesengalan berlaku di situ...
mungkin dia saja nak ceriakn keadaan yang tengah panas tuu kot...
 
haaa....
kepada sesiapa yang baru sahaja nak mencari keredhaan Tuhan...
sejadah, telekung, Al-Quran, buku-buku agama pun ada jual kat sini...
hehehehe...
t-shirt pun ada juga, bukan pakaian-pakaian untuk wanita saja...
memang banyak pilihan laa...
tapi takde lah grand sangat kan...
kalau nak grand pergi lah butik yang mahal ke, shopping complex ke...
hehehehe....

okey lah...
rasa nya sampai sini je kot penulis berceloteh hari ini...
kepada yang rasa nak pergi lepas tengok entri penulis nie, sila-sila lah yee...
hehehehe...
memang lah tak seronok mana, setakat cuci mata sahaja...
kalau malas tak payah...
duduk rumah tengok PINGU kat TV3....
nyot-nyot....
hakhak....

ok lah salam tautan hati~

Thank You For Reading. Please Be My Follower =)